Sabtu, 28 Mei 2011

Seminar untuk wanita

23 Mei hari tu, jabatan hantar aku ke Seminar Pemantapan Kesihatan Wanita. Anjuran Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan D.K, Jabatan Perdana Menteri.

Seminar tu dirasmikan oleh ADUN Gemas. Wanita jugak. Baru la aku tau, rupanya dia tu la satu - satunya ADUN wanita kat N9 nih... 


Ade sikit keluhan dari ADUN tu. Katanya wanita ni kurang prihatin. Dari segi ape?

"puan – puan tau ke kat mana pusat aduan yang khas untuk wanita kat Negeri Sembilan ni?"

Hmm… masing – masing diam je. Termasuk aku.. oh my.... baru la aku tau pentingnya utk kita sebagai wanita ambil tau perkara ni.


Penceramah kedua pulak bagi ceramah tentang barah. 2 barah utama yang dia sebutkan. Barah Payudara dan Barah Pangkal Rahim. Ade sikit diselitkan tentang Fabroid dan CYSE.


Korang kenal tak nama ni : NORLINA bt. ALAWI..pengasas PERNIM.

Rancangan tentang dia pernah ditayangkan kat TV1 tentang anak – anak angkat dia yang terdiri dari kalangan kanak – kanak yatim piatu, terbiar dan ade antaranya menghidap penyakit HIV. Ramai gak la yang tersentuh hati dengar pengalaman dia sepanjang menguruskan anak2 yang kurang bernasib baik tu.

Yang paling aku tak lupa bila dia menceritakan detik2 seorang anak angkatnya ketika menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya. Nanti aku story kat next entry ok…


Tuu haaa... gooddies bag ! Isinya...


Ehh... yang de tanda harga tu bukan diorang bagi. Tu aku bawak dari opis. he3... Cerr korang tengok pen tu... Cam pelik je bentuknya !

Psstt... Aku rempit je pi kursus ni kat Dewan Theatrette ni dengan berbaju kurung. Rempit dengan skuter kesayangan tu la... Senang sikit nak parking...

1 ulasan: