Rabu, 28 September 2011

Ragam Fa’el…

Semenjak Fa’el sembuh dari demam ni, tak tau la nape… memanjang jer nak mengamuk. Pantang silap sikit jer… senang je nak meraung. Non – stop plak tu… adeih…


Yang Opal plak…dah jadi macam hobi plak…suka menyakat si adik sampai Fa’el mengamuk sakan… 

Makin ditegur, makin gemar plak dia mengusik si kecik tu… Masalah si kecik tu, kalau dah nangis… macam brek lori tau…kena tekan, lepas… tekan, lepas… dah ulang2 tekan – lepas tu baru la dia berenti nangis…adoiyai…


1




"Jom tambah follower".

Aku join sebab nak promote blog aku yang nan hado jer nih...ngeh3...

Meh la join reramai... jom la follow blog aku sekali...he3

Kesiankan blog aku ni eh..eh..ekk... kesian aku...hu3... sampai sekarang terkial - kila mencari follower...hu3..
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Owh... lupekan rayuan poyo aku yang kat atas tu...ngeeee...

Pendek kata, jom join jer reramai... free of charged je...

Selasa, 27 September 2011

Hidungnyer ‘tercabut’ !

Ni sebelum Fa’el demam hari tu.

Biasanya sebelum hasben pi kje, dia mesti nak cium anak2, usik2 ngan diorang dulu. Hari tu ada extra sikit. Dia pi tarik hidung si Fa’el… geram kot ! he3… gaknya kuat abah dia tarik, meraung la si kecik tu.

Abah dia gelak jer. Memang sengaja la tu nak menyakat. Cam biasa, mesti Fa’el datang mengadu kat aku.

“ maakk…kit ( sakit )..!”


Panjang muncung dia. aku pun sungguh - sungguh la pujuk…eh…makin marah plak dak kecik tu..


“hah…ye la. mak pasang balik hidung tu…!”

Aku pon pegang hidung dia. Konon – kononnya nak pasang balik la hidung dia… he3… Terus dia senyap. Tak nangis dah… ha3… tah hape2 la… agaknye dia lega hidung dia dah ada balik… kih3…Fa’el….oh.. Fa’el.
cats

Si kecik dah tak demam…tapiii…

Disebabkan tengahari tadi dia tak berapa nak makan, masuk jer malam… dia start muntah2. Hasben keje lak tu. aiseh… kena lah aku ngadap sensorang.

Asalkan masuk food jer, dia muntah.  Minum air pon muntah. Terpaksa berulang – ulang kuar masuk toilet. Baju pon asyik kena tukar je. Bila dah tak larat, tak tahan dengar si kecik tu merengek, aku sms hasben. Tengah malam tepat, kitorang pi bawak Fa'el ke klinik. Bila dah check up, rupanya tekak dia bengkak. 

Perut dia dah masuk angin. Sebab tu dia takde selera nak makan. Alahai… aku tengok si kecik tu lemah jer.

Doktor bagi ubat tahan muntah ikut punggung. Kalau bagi ikut mulut, nanti dia muntah lagi. Doktor suruh bagi makan dengan minum dalam kuantiti yang sikit tapi berterusan. Sebab walaupon dah masuk ubat, dia tetap akan muntah. So, doktor suruh pantau muntah dia. Kalau muntah kurang dari kuantiti makanan yang masuk, itu ok…

Doktor cakap, si kecik mata bulat tu mungkin akan kerap muntah lagi tapi kalau semakin kurang muntah tu… Itu petanda positif. Tapi kalau masih banyak dan kuar muntah tu lebih dari kuantiti makanan dan minuman yang masuk, doktor mintak kitorang hantar dia terus ke G.H…

Sebabnye, kalau kitorang terus hantar sekarang pon, nanti diorang just tahan untuk masukkan air je dalam badan. Doktor tu sendiri cakap yang diorang kat G.H tu tak berapa nak detail sangat kalau kitorang terus hantar sekarang. So, aku kena usaha sampai dia nak makan.

Balik dari klinik, aku mintak hasben belikan ais krim vanilla dengan nasi goreng yang dia suka sangat makan… nasi goreng ikan masin. Dengan harapan dia nak makan la nanti. Hasben yang suapkan dia makan sebelum pi keje semula. Lepas dah makan aiskrim tu, dia mintak air masak. 

Tul cakap doktor. Tak lama lepas tu, dia muntah balik tapi just muntah air masak jer. Tapi aku lum yakin lagi, so…aku biarkan si kecik tu relax jap. Time ni aku tengok dia dah macam bertenaga sikit. Kalau tak tadi, lembik jer. Nak jalan pon tak larat. Nak baring and nak tido jer. Mulut dia nampak macam merah sangat.

Dia cuba tido, tapi dah perut lapar kan…mana leh tido sangat. Aku pujuk makan. Bila dah rasa nasi tu 2 kali, kali ke 3 dia mintak lagi. hmm… aku harap tu petanda baik. Tetiba dia cakap nak muntah. Pupp….kluar lagik muntah dia tapi nasik kuar sikit jer. Yang lebih tu… air. Tadi memang dia minum air banyak.

Dekat kul 3 pagi tadi baru dia leh tido. Tapii… 4 lebih tadi, dia merengek cari air. Panas badan dia naik mendadak. Aku takde pilihan, terpaksa mandikan dia. Lepas tu aku try ajak dia makan lagik nasik goreng tu yang aku dah panaskan siap2. Mula2 dia mengamuk sakan tak nak makan.

Aiii… dia tak tau gaknya yang mak dia nih sampai tak leh tido risaukan dia. Aku pon dah lupa nak makan . Apa pon aku tak ingat dah. Cuma tumpu kat dia jer. Nasib baik lepas tu dia nak makan. Banyak la jugak… Dan yang paling aku lega…. dia tak muntahkan balik. Alhamdulillah… Sampai kul 5 pagi aku tunggukan dia tido. Jap tido, jap kang aku jaga.

Ni aku dah anta sms kat officer aku. Semalam aku cakap aku emergency sebab aku tak sihat. Ye la memang tul pon aku tak sihat.  Hari ni aku emergency lagi. Aku cakap anak tak sihat. Officer aku cam tak caye jer bila aku bagi alasan tu tadi.

Lantak kau la… bab sakit anak – anak… sori ler aku nak memain eh… takkan aku nak sumpah anak2 aku sakit plak kan? agak2 ler sikit…

Takpelah, kalau officer aku tak nak caye pon takpe. Janji anak2 aku cepat sihat.

cats

Isnin, 26 September 2011

Si abang pulak demam…

Lepas demam si adik dah beransur kebah semalam, petang tu si abang pulak mengadu demam. Mula – mula aku ingat dia saje cakap camtu sebab nak tarik perhatian.

Ye la... since si adik demam, aku lebih banyak tumpu kat si kecik tu. Lepas 2 kali dia mengadu, aku check la jugak..

A’ah… dia betul – betul demam la… panas badan dia. Tapi malam tadi masa nak bawak si adik pi klinik, suhu badan dia ok pulak… so aku takde la nak bawak dia pi jumpe doktor. Just bawak si adik jer. Tu pon, doktor kata si adik dah kebah demam. Doktor bekalkan jugak ubat incase kalau demam dia datang balik.

Tengah malam tadi, si abang menggigil masa nak tidor. Pelik tengok. Bila aku raba kepala dia, mak oii… panas naik mendadak ! Lepas makan ubat, aku lap – lap badan dia…lagi la dia menggigil 1 badan.

Aii… kesian tengok. Aku letak selimut tebal – tebal sampai dia berpeluh. Lepas tu aku lap2 badan dia lagi sampai hilang panas badan. Dekat kul 1 pagi baru aku tido. Malam sebelum tu pon aku dah berjaga sebab si adik. Malam tadi, sebab jaga si abang plak.

Kul 4 pagi aku terjaga balik sebab si abang mengadu nak ke bilik air. Panas badan dia naik lagi tapi tak la teruk macam tengah malam tadi. Tengah dok lap2kan dia lagi skali, si kecik tu pon sama gak berjaga. Panas sikit la kepala dia. Aku try lap dahi dia ngan air sejuk…uiih…punya la dia marah… sabau jer le…

Kesudahnya… aku, si abang dengan si adik berjaga sampai 5 pagi… Padahal nanti aku nak kena bangun lagi. Hari ni kan Isnin… keje ke tak ? nanti aku citer.

cats

Ahad, 25 September 2011

Si adik demam malam tadi…

Si adik… si kecik aku yang nombor 2 demam malam tadi. Separuh badan dia panas.

Kalau nak dibandingkan dengan si abang… dia ni paling susah nak demam. si abang dulu hampir tiap – tiap bulan demam. Tu belum lagi part dia kena ‘kacau’ hantu. Hu3…

Sebab tu bile si adik demam, aku jadi lebih risau. Nasib baik la ubat demam memang dah selalu standby kat umh… incase kalau terjadi macam ni la…Demam tengah malam. Kul 3 pagi tadi aku terjaga sebab dengar  si adik terbatuk kuat. Lepas tu aku dengar dia cakap

“ mak, tuk ( batuk ) la…tuk..!'”

Halus jer suara dia. Sian aku dengar. Lepas kenakan badan dia kat air, aku bagi ubat punggung. Lama sikit tahan. Sebab kalau pakai ubat dekat punggung tu, lepas 6 jam baru leh bagi ubat lagi.. Dapat la dia tido lama sikit sebelum aku bagi ubat minum plak.

Ni dia bangun awal. Raba kepala dia jap ni de lagi bahang panas tu.

Baru jap ni dia mengadu sakit kat kaki.. Now what ? Kaki dia merah – merah bengkak. Kesan kena sengat dek semut secara bergotong – royong semalam… Hampeih punye semut… Berbintat – bintat kaki kecik dia tuh…

“ auww…kit ( sakit ) la mak..! kiiit..!”

Tu la ayat dia. He3… sweet jer bile dengar. Dengan suara halus dia, tapi kalau gelak…huii… kuar suara besar dia. Macam santa claus gelak pon ada gak..kekadang la…hmmm…ish… sian dia…
Harap – harap dia cepat sembuh…insyaAllah.

cats

Note : gambar lama masa dia demam. Susah sangat nak lekat kat kepala, balut terus…dah rupe macam mak jah dah…masa ni cool fever takde stock kat rumah…

Sabtu, 24 September 2011

When he happy, I’m happy Too…

1
2
3
4

Sekarang dia dah pandai dah sebut banyak perkataan walaupun tak berapa lengkap. Kadang – kadang yang aku tak sangka tu pon dia leh sebut.

Contohnyer, word ‘hujan’… hari tu masa hujan, dia cakap

“ mak…! ujan..! jan mak..!'”

Aku ingatkan pengasuh dia yang ajar, tapi petang semalam akak tu cakap dia pon terkejut dengar dia sebut word ‘hujan’ tu… aku pon sama terkejut…he3…

Sebab aku pikir dia pon akan sama macam abang dia. Lambat pandai bercakap. Tapi nampaknya, dia lebih cepat dari abang dia. Si abang pon still pelat lagi sampai sekarang walaupun dah tak sepekat dulu pelatnya tu… Yang best tu, dia sibuk nak ajar si adik bercakap…he3…

Jumaat, 23 September 2011

Patut la budak tu rembat sandal laki aku..!!!

Malam tadi lepas hasben balik keje, aku ingatkan kes pasal budak mencurik tu dah senyap. Rupanya hasben masih rasa tak puas hati. Bukan sebab sandal dia yang dah kena rembat tu... tapi sebab budak tu berani sangat panjat - panjat rumah orang !

Kalau korang nak tau pasal insiden tu, korang baca kat sini.

Kat depan rumah aku kan ada lorong yang gelap sikit tu. Tempat budak tu parked motor dia sebelum cabut lari. Sebenarnya hampir tiap - tiap malam ada budak2 dari sekitar perumahan tu suka dok berkumpul kat situ. Tak tau le diorang buat apa tapi memang diorang gemar dok kat situ. Memekak jer plak  tu...

So malam tadi, nak dijadikan citer... hasben pi la jumpa diorang. Bayangkan ler... baru balik kerja ngan masih beruniform lagi, dia terus gi kat budak - budak tu. Dalam hati aku ni cuak la gak. So aku 'pasang mata' dari jauh.

Dari yang hasben citer kat aku, budak - budak tu kata bukan salah sorang dari diorang. Pastu diorang offer nak tolong hasben carikan sandal tu.

" Takpe bang, abang gitau kitorang warna kasut abang... sok kitorang cari. Sebab sok sekolah kitorang nak buat jamuan raya... semua dak laki kena pakai sandal..."

Patut ler pon..!! Baru la aku paham kenapa budak tu rembat sandal jer... nak pakai masa jamuan raya punya pasal... ceh..!!

Hasben takde la sampai nak balik kasut tu. Dah takde rezeki kan, nak wat camne. Cuma hasben cakap kat diorang, nak buat apa pun buat la tapi jangan la pi panjat - panjat rumah orang. Bla..bla..bla..

Tau tak ? Lepas jer kena 'skolah' kat hasben tu, bebudak tu semuanya terus bersurai. Takde dah dok berkumpul lagi. he3...

Tapi...tak tau la 2 - 3 hari lepas nih. Harap - harap tak kumpul kat sini lagi dah terus... aman sikit. Kalau tak diorang suka buat bising ikut suka diorang jer... Memekik tengah malam, gelak terbahak - bahk... Mengganggu jugak ler!


Khamis, 22 September 2011

Rumah Peninggalan Arwah Tok Ayah

Dulu rumah Tok Ayah ni cantik jer… Ye la… Walaupun takde la pure cantik tapi tetap aku anggap cantik.

Dulu masa arwah Tok Ayah dengan arwah Tok Mak hidup lagi, rumah ni molek jer. Dengan anjung nyar… dengan lamannya yang kemas bersih…

Ohh… ingat lagi… tepi rumah tu ada 1 pokok rambutan. Besar dan tinggi. Tempat teduh motor kapok dan kekadang bila kitorang balik, kat situ la kitorang bermain.

Sebelah dengan Tok Ayah, mak ngah buat rumah dia. Memang rapat la ngan rumah Tok Ayah. Belakang pulak, ada jamban curah.

Dulu mana ada jamban pam cam sekarang ni. Tu pon kan, seram woo… Jamban tu kat luar ko! Memalam memang seram la kalau nak berak. Ngan jauh terasing, gelap pulak tu… Hu3… Seram... Korang bayangkan jer la jamban yang Johan Rajalawak gunakan dalam citer ‘Hantu Kak Limah’ tu… Ha... macam tu la. Sebijik!

Bilik mandi pon kat luar. Asing. Bukan letak dalam rumah cam sekarang. Divided 2 bahagian. 1 tandas lelaki, 1 tandas pompuan…he3…ada jantina ko tandas tu.. Limit guna cuma sampai 10 malam je. Lebih dari tu bukan tak boleh tapi bimbang kalau ada ‘makhluk’ lain muncul bertenggek… hu3…sadis… Keras sampai ke pagi ler jawabnyer… Takut punyer pasal !

Memang rumah tu a bit scary tapi masih tetap cantik dalam hati aku. Kat rumah Tok Ayah tu la aku dilahirkan. Bau rokok Dunhill tu dah jadi ‘pewangi’ wajib bila time adik – beradik mak aku balik berkumpul. Lupa nak gitau, Tok Ayah and Tok Mak tu mak ayah pada mak aku.

Tapi, since Tok Ayah and Tok Mak dah takde… Baru sekali jer aku ke sana. Tu pon sebab nak pi lapor diri kat JB. Ye lah… Kulai kan dah dekat dah ngan JB. Aku singgah tido rumah mak ngah masa tu. Dah malam kan… penat plak tu, takde masa la aku nak merayap keliling rumah tu. Siang tu je aku dapat tengok jap. Masa tu laman depan masih clear lagi. Tak semak samun.

Tapi sekarang…korang tengok la…memandangkan gambar lama rumah tu takde ( dulu tak terpikir pon nak amik gambor rumah tu untuk buat kenangan.. ), aku cuma tunjukkan gambar sekarang jer la ye…hmmm

rumah

Tak tau la nape sampai macam ni jadinya rumah ni… Elok – elok rumah tu warna putih, dah jadi macam apa tah…macam – macam kaler ada…

rumah1

Yang ni pulak gambar sekitar jalan depan rumah Tok Ayah. Rumah Tok Ayah ni lebih rendah dari jalan. Sebab tu kalau korang tengok, rumah tu macam kat bawah bukit jer.. Jalan kuar masuk ke laman rumah tu memang a bit curam.

rumah2

Entah la… tetiba masa aku edit gambar ni, hati aku jadi sebak… kenapa ek? Emo pulak tetiba…haihh… ni aku amik masa raya hari tu. Lepas ni tah bile pulak la nak ke sini lagi. Nak datang selalu pon tak leh jer. Jauh woo… Kulai.

Korang tau kan kampung Mawi kat ner? ha… Felda Taib Andak nuuu, kampung aku depan lagi dari kampung tu… Bukit Ramun.

Raya pon dah tak kumpul kat sana dah. Kitorang dah ada ‘port’ baru dah lepas Tok Mak ‘ikut’ arwah Tok Ayah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun dulu… Muor…eh…Muar… terikut plak slanga orang sana..he3… Muor…errr… Muo… ke…Muwo?

Pssttt… orang nogori sebut Muar tu jadi Muwa….kih3….

Rumah aku diterjah pencuri

Pagi tadi dalam around pukul 6.30, aku dengar ada bunyi motor kat luar rumah. Makin lama makin kuat bunyi motor tu. Tapi lepas tu sayup semula dan terus senyap.

Tak lama lepas tu aku dengar bunyi pintu pagar bergoncang kuat. Aku ingatkan jiran sebelah, tapi pelik jugak... awal lagi kalau laki akak tu nak pi keje. Lepas tu bunyi pagar tu kuat sangat la pulak.

Aku memang suka tidor kat ruang tamu ngan anak - anak. Tadi masa kejadian tu aku baring membelakangkan pintu. Hasben aku plak baring menghadap pintu. Bila dia dengar bunyi macam benda jatuh, terus dia pandang pintu.

Lampu luar rumah tu memang selalu kitorang pasang. So kalau tengok dari lantai bawah pintu tu, patutnye kitorang nampak cahaya lampu jer. Tapi tadi, hasben nampak de bayang orang. Dia tak tunggu dah. Dia tau ada orang dah masuk. Cepat - cepat dia buka pintu. then aku dengar dia jerit

" woi..!!'

Aku dengar bunyi pintu pagar berbunyi lagi skali. Tapi aku tak nampak apa - apa. Hasben dah niat nak kejar tapi disebabkan kunci pintu tak leh cabut lak dari penyangkut kunci time tu, tak dapat la nak kejar. adoiyaii....

Kurang ajar tul ! Memang kurang ajar budak tu... Dah la lengkap ngan uniform sekolah, sandang beg skolah lagi tu...! Sempat lagik tu mencuri..!! Memang aku tak nampak, tapi hasben nampak uniform skolah pencuri tu masa pencurik tu tengah panjat pagar nak larikan diri.

Depan rumah aku tu ada lorong laluan kereta. Ada lampu jalan tapi masih gelap. Budak tu sempat lari ngan motor dia yang dia dah parking siap - siap kat situ tadi. Tak dapat la kitorang nk tengok no. plate motor tu... Kalau tak... sampai ke lobang cacing la ko kitorang carik..!

Berani betul dia..! Sebab dia sorang jer yang buat keje tu. Berani tak kena tempat... Kurang ajar ko ye budak !

Nasib baik sepasang sandle jer yang sempat dia rembat.





Selasa, 20 September 2011

Rahsia diorang...syyyyy!!!

Sejak dah ada anak 2 ni, aku selalu sangat cemburu tengok wanita - wanita ngan aweks - aweks yang serba ramping dan kempis - kempis je perut diorang.

Tau jer la... Kalau aku dah cakap camtu, bermakna... bermakna..?!!...yes... alignment badan aku dah banyak lari kalau nak dibandingkan ngan masa zaman anak dulu... hu3... Puas gak la aku cuba control makan tapi takde kesan pon. Makin lapar ada la... ha3... Ikut suka haku jer kan nak create diet sendiri.

Lepas tu aku cuba makan secara teratur tapi dalam saiz yang sedikit dan kerap, camtu jer perut nih... ngeh3... bila lalu kat kedai ker, butik ker... Yang ada jual baju kebaya cun - cun tu... gulpp..!! telan liur jer..

Sebab..?!! perut a bit ke depan. dusshhh...!


Bila tengok diorang pakai baju kebaya atau baju kurung moden tu terletak cantik jer kat badan diorang... sungguh aku jeles... camne ek? hmm... ye la, tak adil kalau aku compare ngan anak dara kan?

Meh aku comparekan ngan mak - mak dara yang usia lebih kurang aku jer yang anak - anak pon lebih dari sorang. 

Aku tengok ada yang anak dah 3 atau 4 pon, perut diorang kempis jer. Ramping tu dah tentu la kan... 

Then aku try sembang - sembang ngan diorang nih... Oooo baru la aku tau ..!!!

Diorang pakai korset rupenyer... alahai... patut la cantik jer bentuk badan diorang.... ha3..! lembap la aku ni kan??

Baru la aku tau ape rahsia diorang... keh3... patut la aku selalu perasan badan diorang tegak jer. My sis pon pernah tegur dulu..

"eh...patut la badan ko tegak jer... ko pakai korset eh? "

Tau dah... kih3...

Isnin, 19 September 2011

Tips : kalau terkena air panas...

Jika tangan atau mana - mana bahagian badan kita terkena air panas... Jangan cuci ngan air dulu.

Segera cari garam masak ( better garam biasa or garam halus... garam kasar tak sesuai untuk tips ni. ) dan segera celupkan / tepekkan di tempat yang terkena air panas tu.

InsyaAllah... tempat yang terkena air panas tu akan sembuh seperti sediakala tanpa kesan merah yang menyakitkan..

p/s : Boleh digunakan untuk sesape je termasuk anak - anak kecil kita.... tips ni aku dapat dari kisah benar kawan sepejabat...

Sabtu, 17 September 2011

Palong 8… petang raya pertama

Lepas raya di Pilah, petang tu kitorang balik ke rumah ayah aku sebab nak ikut ayah pi raya kat Palong 8. Rumah Tok Long aku… Nak pi sendiri, aku lupa jalan. takut sesat jer… 

raya8

Aku fikir, ayah aku tul2 ingat la kat ner rumah Tok Long aku. Jalan nak ke Palong 8 tu dah ok. Alih2..sampai je lorong nak ke rumah Tok Long, ayah aku lupa plak. Aku penah pi skali dulu and masih cam lagi laman rumah Tok Long..

Kesudahnya, aku yang tunjukkan jalan. Dah terbalik plak..ngeh3…


Relax – relax dulu sementara tunggu giliran untuk makan sebab masa ni ramai plak yang datang serbu ke rumah Tok Long. Oleh kerana kapasiti ruang makan adalah terhad, kami haruslah menunggu giliran... harap maklum! Termasuk famili aku jer, de 5 kereta yang datang serbu..

raya7

Perasan tak baju Fa'el dah bertukar ? Kalau pagi tu dia pakai serba kebiruan, petang dah tukar jadi coklat lak… owh… bukan magik. Tapi, dia dah berjaya mencomotkan baju sesi pagi tu. Sib baik aku dah stand by siap – siap baju extra untuk dia.

Tapi…he3… aku tersilap bawak ler… seluar cokelat tu rupenyer longgar. Pinggang dia slim sangat plak tu…ayyoyo… sampai rumah ayah aku lewat petang tu, seluar dia dah terlucut habish…tinggal pampers ngan baju jer…ha3.. bayangkan ler…keh3…cian dia !

Nota kaki : psssttt... laman belakang rumah Tok Long kita cantik tau! macam taman ala2 puteri raja... kemas je...

Pagi raya pertama @ pilah

Adegan... dan agenda di pagi raya :

raya

1. Pakai baju cantik..!!

raya4

2. Tunggu duit raya datang berduyun - duyun... ha3..

raya3

Ha3.. yang dalam gambar tu... Mijan! Datang umah atok pepagi dah muncung.. monyok semonyok monyok nyerrr... apa lah masalah ngko ni Mijan oii....

raya1

Jarang2 dapat kumpul ramai2 pakai baju cantik kan? time raya je la dapat buat camtu.. time lain.. pakai je la baju yg ada tu ulang2 kali.. nak jumpa pun nasib2 je la kalau terjumpa.. kalau tak... tunggu lah raya... standard!

raya2.

Hasil dari kolaborasi baju raya tanpa tema… colourful… ni menapak nak ke rumah jiran mertua. Si kecil tu… makin lama, makin ke tepi dia berjalan.

Miahahaaa.. tuan tanah! sesekali cube interframe...

raya5

si kecik yg sedang berjinak2 berbuat baik dgan buku2 yg dia jumpe.... hehee.... kekadang dia belek2 je buku.. kekadang... tau2 je dah masuk dalam mulut... sedap ke?

raya6

Picture favourite aku untuk pagi raya pertama tahun ni. Sweet jer…hmmm…That’s my kids…

Baju hantaran jadi baju raya…

Ha… ni kesinambungan dari story yang lepas. Ala… isu malam raya dan raya pertama tu.Korang dah baca lum ? Mane yang dah baca tu, leh teka tak mane satu diriku di situ? he3…

1

Tak payah pening – pening pikir. Tu haaa… baru raya aku tahun ni. En. aus plak pakai baju raya tahun dulu yang masih nampak baru.Mane taknyer, pakai sekali jer… pastu tak usik dah. Since dia tak mao pakai dah, aku simpan elok2. Tu yang masih cantik cam baru beli jer. he3…

Owh… baju aku tu pon sebenornyer dah lame dah peram. Since aku nikah ngan en. aus dulu. ho3… maknanye aku dah peram dari tahun 2007. Kalau korang nak tau, masa aku dapat baju ni…it’s still dalam bentuk kain ela. That’s mean, belom jadi baju..ok…En. aus pon terkejut bile dengar aku cakap

“ ni la baju hantaran dari awak untuk saya masa kita nak nikah dulu…”

Ha3… Anak dah dua weih…baru jadi baju… punye la lama aku peram.

2

Ni baju hero2 kecik aku. Nape lain ? nape tak sama tema ? Memang sengaja aku tak letakkan tema. Baju en. aus tu kebetulan jer hampir sama warna ngan kaler bunga kat baju aku. ke... dia sengaja cari yang sedodon? ehh..? hehee

cats

There… nampak colourful kan? Ade oren, ade pink…ade hijau…eh…biruuu…

p/s : aku ingatkan takde sape yang perasan baju kurung aku tu., ghupe – ghupenyer, kak ipar aku tau daa…dia yang belikan baju tu dulu…ha3…kantoi..!

Hari Kebangsaan @ Negeri Sembilan

Sebelum lemau, meh aku share sikit photo yang sempat aku snap sendiri sepanjang majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri pagi tadi.

e

8,000 orang yang terlibat dalam perarakan hari ni. Yang paling ramai… Wakil UMNO.. 2,000 orang!! wahh.... Jenuh nak tunggu barisan diorang habis buat lintasan depan stage VVIP tu…

e1

Majlis start 9 pagi lepas Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan datang.

e2

Gambar – gambar kat atas ni semua aku snap sebelum majlis bermula.

Gambar bawah ni plak, aku amik masa kitorang menapak  nak ke Sekolah Menengah Teknik Ampangan. Jauhnye....

e3

Tu jer yang aku dapat snap. View lain tak dapat ler nak snap sebab masa ni pon aku tengah terpacak kat tengah padang kawad tu. Aku kan terlibat ngan kawad tu… Kontijen kitorang kan ade dalam list pasukan yang dipertandingkan. Kena potong markah plak nanti…

Tak tau la kontijen kitorang dapat nombar berapa tahun ni. Tak tau la sape yang menang.

Yang penting sekarang, aku rasa puashati sangat ngan persembahan kitorang tadi. Diorang pon rasa macam tu jugak. Kitorang dah buat sehabis baik. Bangga sebab masa kontijen kitorang lalu, diorang berikan tepukan yang sangat gemuruh… Menang @ kalah… tak pikir dah…

Leegaaa saangat……!

Jumaat, 16 September 2011

Malam raya dan raya pertama

Ha3…mesti ada yang mengata aku kan. Mesti ada yang cakap

“ raya tinggal separuh jer, baru nak kuar entry pasal raya ?”

He3… aku kan dah cakap, raya hari tu banyak agenda dan paras kemalasan aku melonjak – lonjak mengalahkan saham kat Bursa Saham tu. Memang tak boleh nak buat ape dah. Tapi dalam hati ni, melonjak – lonjak jer nafsu aku untuk bercerita tentang raya.

ok…cukup dah membebel. Kali ni citer pasal raya plak.

Sejak aku kahwin, tahun ni la baru first time aku sambut malam raya di rumah mentua. Tahun – tahun dulu ( 4 tahun sudah… ), kitorang balik rumah ayah aku dulu. Ye lah, masa tu keluarga aku sedang berhadapan krisis keluarga yang sangat – sangat sukar. Yup… mujurlah hasben sangat memahami.

Tapi since tahun lepas bila keluarga aku dah stabil semula… hasben nak malam raya tahun ni sambut kat rumah mak abah dia. aku ? ok jer…kan dah kata. Bukan jauh sangat pon rumah ayah aku ngan rumah mentua. Dalam 1 jam jer pon…he3

cats

Haa.. ni baru sebahagian je dari anak cucu mentua aku. Gambar ni kitorang amik pagi raya lepas kemas rumah dan lepas sembahyang raya.


Cer korang tengok budak kecik yang pakai baju melayu warna biru kehijauan tu… geram tul aku ngan dia ! Langsung tak fokus kat kamera… Tu la Fa'el, hero cilik aku yang no. 2.

Yang sulung, korang tengok kat sebelah kanan Fa'el tu. Yang gaya macam tersepit tu… Tu la Opal. Tak tau la ape yang seronok benor kat hati dia… sampai terjelir lidah kat gambo pertama tu.

Tu baru 2 keping… agak – agak korang, aku yang mane 1 ek? leh cari tak? he3… cer la carik…jeng…jeng… jeng…

Khamis, 15 September 2011

Postmoterm raptai semalam

Nampaknya ketua pasukan kawad kitorang tak berpuashati ngan prestasi kitorang masa raptai semalam.

Seyes…aku pon mengaku, lepas tengok video yang jurulatih tunjukkan tadi… memang kontijen kitorang hancuss! Tu yang diorang buat postmoterm hari ni sebelum start latihan kawad yang penghabisan sebelum hari bertanding esok.

Sebelum tu nak nak puji sikit jer, barisan depan ( termasuk aku ler tuu…) jer yang cantik semalam, seragam jer pergerakan kitorang…he3… tapi tak guna gak kalau yang lain tak dapat buat camtu.

Kawad ni berkaitan ngan 1 pasukan. Kerjasama dan keseragaman pergerakan 1 pasukan amat amatlah penting. Penilaian pon berdasarkan 2 perkara tu. Kalau takde 2 perkara tu, jangan mimpi la nak dapat kedudukan pasukan terbaik. Tak menang pon, sekurang – kurangnya dapat la gelaran antara yang terbaik kan?

So… ketua pasukan nak kitorang berlatih ‘kaw – kaw’ hari ni. Memang ‘masak’ kitorang hari ni. he3… matahari dah hampir terpacak kat kepala baru la stop latihan. Tu pon ade yang dah mengeluh. Tak larat katanyer…panas!

Ayyooo… kawad memang macam tu. Ok… cukup. Besok hari kejadian. Sama macam semalam… harap – harap semuanye berjalan ngan lancar. Dan aku harap, aku tak ‘flop’ atau tumbang…he3…malu sehhh… !

Meh layan gambar yang sempat dirakam semalam…

2
3

Kata Puan Fitri…

“ Kena tebalkan muka kalau nak ramai follower… ”

Yup..aku pon dah tengok cara dia dapatkan follower sampai melepasi paras 100 orang. Memang nak kena tebalkan muka… kalau dapat setebal kamus oxford tu lagi bagus…wah..confirm lepas ni lagi ramai yang join.

Aku memang de rasa nak buat macam tu lepas cuti raya hari tu. Time raya, memang aku kurang rajin. Masa pon agak terhad masa tu. Sibuk ngan agenda raya.

Tapi… sampai hari ni, aku lum sempat lagi nak panjangkan langkah pi melawat blog – blog yang ade. Lagi pulak, aku seorang yang selektif. Bile blogger tu buat entry yang menarik minat aku, baru la aku tinggalkan komen atau jejak.

Hmmm… mungkin sebab sikap aku yang memilih camtu la yang buatkan orang pon tak berapa nak singgah kat laman blog aku ni. Sebab diorang jugak memilih. Ye lah… aku paham. Sape yang nak baca entry yang membosankan. Tul tak?

Bukan tu jer. Bile aku dah memilih untuk menjadi follower bloggers tu, aku akan amik masa untuk baca keseluruhan entry bloggers tu dari mula diorang terbitkan entry diorang. Jenuh jugak tu… tapi aku kan nak jadi follower dia…dah tentu la aku nak tau kisah blogger tu dari dulu sampai yang terkini kan?

Aku rasa aku dah pernah buat entry macam ni dulu. Dan kali ni aku ulang lagi sekali. Bosankan? Takpelah, boleh stop sampai sini jer pada sesape yang dah bosan. Tinggalkan saje entry ni. Tapi jangan lupe jengah entry aku yang lain…he3..

Tengoklah, insyaALLAH aku akan BW semula minggu depan. Minggu ni aku agak sibuk sikit dengan latihan kawad sempena sambutan Hari Kebangsaan esok. Pagi latihan kawad, petang pulak kena masuk opis. Memang memenatkan sampai aku tak sedar hari pertama latihan kawad hari tu… aku leh tertidur kat opis. Nasib baiklah Pengarah tak meronda time tu…ngeh3…

OK… cukup bebelan aku sampai sini…nanti aku sambung lagi…selamat membaca…he3

Blog aku hilang ?

Hu3...very upset right now... tadi aku BW kat bloglist aku, tetiba terdetik nak tengok bloglist blog2 yang aku jengah tu... dulu blog aku ada dalam bloglist dia tapi hari ni bila aku tengok, hu3... blog aku dah takde dalam senarai bloglist that blogger...

Berulang - ulang kali aku tnegok, but still takde... hmmmm... agaknye blog aku ni membosankan kot... tu yang followers pon ciput jer... segan - segan je orang nak tinggalkan comment...

Takpelah, mungkin gaya penulisan aku tak menepati citarasa diorang. Mungkin diorang nakkan gaya yang lain. Takpelah, kalau diorang tak sudi nak datang bertandang kat blog ni... takkan aku nak paksa pulak kan?

Tak bagus camtu... nanti orang jadi lagi menyampah. Biarlah, kalau orang tak sudi, aku nak buat camne. Aku akan tetap menulis macam biasa bila ada idea...

Kadang - kadang bukan takde idea, tapi bila time ada idea... ada jer benda lain yang aku kena buat... lepas tu, idea pon terus hilang tanpa sempat catat kat mana2...adeih....nasib ler...

Rabu, 14 September 2011

Hey baby! free gift…

Pagi sebelum siap – siap untuk raptai  Sambutan Hari Kebangsaan kat Padang Kem Belia nun, aku siap – siapkan dulu beg my kids.

Aku prepared siap – siap ngan susu, botol susu diorang and pampers. Senangkan hasben supaya dia tak kelam – kabut nak cari semua barang – barang tu..

Masa nak amik pampers  tu, aku perasan yang pampers my kids ade yang dah abis. Opal punya pampers dah habis terus. Fa'el punye pampers masih berbaki 2 keping.

So, jap tadi aku minta ktolong hasben belikan since dia dah lama ‘ushar’ harga pampers kat family store tu that day.
edited

Hey baby! brand… sebenarnye aku kerap tukar – tukar brand pampers. Terutama sekali anak aku yang no. 2 nih, si Fa'el.

Kalau Opal, aku tak leh tukar ikut suka sebab punggung dia sensitif. Silap pakai pampers, punggung dia akan berkuap ngan ruam. Tebal plak tu…uihh…serik nak jaga. Kesian tengok bila punggung dia merah – merah…pedih woo…

Sengaja hasben beli brand yang ni kali ni untuk Fa'el. Mengenangkan harganye sangat berpatutan, RM 23++ jer… yang best, ade gift.

Yang tak best, 1 jer ‘gift’nyer. Aku leh bayangkan jap lagi pas aku amik diorang dari rumah pengasuh… confirm haru – biru rumah ni dek bunyi suara diorang rebutkan gift ni…he3.

Untuk Opal, aku tak belikan dah pampers dia. Dah besar dah pon. 4 tahun maaa… dah pandai cakap, and tahun depan nak skolah dah… save budget sikit. Berak kencing pon dah ok dah. Dah reti pi toilet sendiri…

So, tak perlu lagi dah la pakai pampers tu. Tido malam pon, ok..takde plak terkencing kat tempat tido coz bile dia rasa nak kencing, dia leh bangun sendiri pi toilet… but before that, dia akan kejut aku dulu lah. Temankan dia. He3…

cats

Tu haaa… mini whiteboard with w/board marker pen. Hasben dah gantungkan siap – siap kat penahan pintu. Tak tau la sape yang perasan dulu nanti.

Tengok jer la nanti…ngeh3…

Selasa, 13 September 2011

Esok... berdebarnyer...!

Ngeh3... tak tau la nape, tapi kan bile mengenangkan esok adalah hari raptai penuh sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.... berdebar je rasa.

Excited pon ye gak... risau pon yer gak. Hish...pendek kata, macam2 ada... ni belom lagi hari sebenar nanti.

Kalau hari  sebenar nanti... lagi berdebar kot... he3... stakat ni jabatan aku belom ade yang 'kantoi' lagi dalam barisan. ( tu yang jurulatih aku gitau tadi... )

Sok kena bangun awal sikit dari hari - hari biasa. Pastu pi kumpul kat opis dalam around 6.45 pagi, then pi tapak Sambutan tu kat town Seremban... 7.30 pg dah kena bersiap sedia dalam barisan.

9 pagi ( kalau tak silap aku ler.. ) baru bergerak buat lintasan hormat kat depan pentas. Habis plak tak tau kul brape. Berdiri berapa jam pon aku tak tau lagi. hmmm...

Ni first time tau aku terlibat ngan aktiviti besar camni. So.. memang patut la aku rasa semacam kan? First time tuu...! Harap - harap aku tak 'flop'...a.k.a rebah dalam barisan... dan harap - harap kontijen kitorang dapat buat yang terbaik sebab jabatan aku dimasukkan ke dalam senarai pasukan yang bertanding. Dah tentu la aku mengharapkan pasukan kitorang berjaya.

Semoga esok dan hari jadi nanti pasukan aku dapat buat yang terbaik dan semoga segala - galanye berjalan dengan lancar...insyaALLAH...

Isnin, 12 September 2011

‘Becinta’ di UPM…

e5

‘Becinta’ bukan bercinta… dalam istilah aku, ertinya… perasaan lemau selepas menunggu sesuatu dalam masa yang leh tahan gak la lamanye… he3…

( tak boleh digunakan dalam peperiksaan B. Melayu yer… )


Bila kena tunggu lelama ni, pastu bawak plak bebudak yang tengah lasak ni… korang – korang yang dah jadi mak apak orang tentu dah paham kan…


Banyaknya ragam diorang. Tak reti dok diam… aku plak tengah boring. Hasben plak.. sampai je kat situ, dah berkejar ke tandas. Sakit perut katanyer…alahai

Apa lagi… jadi le aku photographer yang nan  hado je… ngeee…

e6

Tengok…sampai herot – herot mulut opal kena paksa posing depan kamera…ha3…

e8

Si Fa’el pon ade… muka baik jer kan… tapi… hu3… lagik lasak dari abang dia…

e9

Tengoookk… tak reti dok diam… jap dia berjalan sana sini, jap kang dia dok kat tepi tu… tangan…tak payah cakap… hitam… sebab pegang cermin kaca tu… opal pon sama… -.-'

e11

e12



UPM ? ape cerr?

7 September hari tu punye citer… tapi baru hari ni aku nak entry ni… Disebabkan masih dalam mood cuti, semangat nak buat entry agak suam – suam kuku jer. MALAS…!

Ape cerr? Ni ha citernye… kisahnye aku pi anta my lil’ sis further study kat U tu… aku dah intro pasal ni kat entry aku yang lepas. Korang carik la, baru ‘trill’ sikit..he3..

Lepas hampir tersesat, bukan sesat nak ke UPM tu.. tapi hampir sesat kat dalam UPM…! Caya tak caya la… tapi memang betul..he3… Tak tau plak aku UPM ni superb luas… Lepas enter kat mainframe gate, baru kitorang tau fakulti my sis yang paling hujung… Hampir tawaf 1 pusingan, baru la jumpe…fiuhh…!

Sib baik skali tawaf jer…ha3

e

Lambat gak la kitorang sampai, tapi yang bagusnyer… kitorang tak payah tunggu lelama. My sis pon tak payah nak beratur lelama…

Psstt…walaupon tak lama,  ‘becinta’ gak la kitorang tunggu… ( nada berbisik ..he3 )

e0

Lepas selesai je pendaftaran, dah tau asrama mane nak dok nanti… baru la kitorang pi amik barang – barang… banyak plak tu. Keta plak terpaksa parking jauh dari tempat daftar tu…hu3…jenuh plak la nak berjalan.

e1

Sambil – sambil menapak nak ke asrama tu, sempat gak la aku mintak en. aus snap2 gambo ni. Gambo atas tu tempat diorang nak belajar nanti.

Yang bawah tu… kedai buku a.k.a short-cut nak ke blok akademik.

e2

Yang ni asrama diorang. Nampak baru jer kan…

e3

Biru jer… pon nampak baru….

e4

My en.aus = my husband… Berangan kononnye dia tersingkir dari akademi fantasia… ha3.. af yang ke berapa, aku pon tak tau…kih3…

Layannn… berangan tak salah okey…

Lepas dah selesaikan ape yang patut, sebelum kul 2 kitorang dah ‘chow’… saje nak bagi my sis relax lama sket sebab  kul 3 petang tu diorang dah start orientasi selama 5 hari 4 malam.

Selamat menempuh alam baru di Universiti dikk… Good Luck…



Jumaat, 9 September 2011

Kenapa aku nak join kawad?

Kalau kengkawan aku kat opis ni, diorang dah tau betapa liatnye aku bile disuruh berkawad. Sebelum ni pon dah banyak kali aku skip..

Tapi bukan suka2 ek… kebanyakkannye aku skip dengan bersebab. he3… sebab tu pun memang munasabah la untuk diguna pakai.

Kali ni meh aku gitau nape aku leh plak join kawad kaki sempena sambutan hari merdeka ni nanti…sebab – sebabnye adalah…:

1. En. aus kata…ok jer !

Memula dapat surat arahan tu, aku citer dulu kat suami. Maklumlah, tarikh kawad tu jatuh pada hari cuti. Biasanye memang camtu. Kalau aktiviti luar dari bidang tugas jatuh pada hari rehat, memang kena gitau en. aus dulu. if dia kata..ok jer…! so…can proceed la…

2. Pengasuh anak2 kata…ok jer !

See… ape – apehal pon, persetujuan pengasuh pon penting gak. Kalau tak, sape pulak yang nak jaga anak2. Sebab hari cuti kan, tengah musim raya plak tu. Takut la kot2 pengasuh aku tu de plan nak gi berjalan plak.. Tapi hari tu akak tu dah kata..ok jer!…ok…proceed !

3. Angan – angan nak turunkan berat badan.

Kui3… angan – angan tak tahan tu ! Nak turun kan berat badan…!!!! ha3…eh…angan – angan tak salah. Hari tu kan cuti ! seminggu plak tu…raya…macam2 la makanan yang aku dah sental…heh3… Tak dapat turun banyak, dapat sikit pon jadi lah…boleh? Tapi tadi timbang, macam takde kesan jer…haih…camne tu?

4. Nak exercise….kononnye…

Dah lama badan tak berpeluh giler2, bile dah berkawad kat parking kereta yang bertar…bawah matahari terik tu…memang sah2 la pecah peluh kan…korang dah pernah rasa camtu? Tahap extreme la kononnye. tapi takde la sangat. masa rekrut dulu lagi ekstreme. Tapi lum leh lawan rekrut jabatan en. aus. Diorang punye rekrut lagi eksteme.

5. Nak longgarkan segala sendi.

yup… since aku keje kat cawangan sekarang, aku jarang bergerak dari meja. asyik mengadap komputer jer. sampai la de skali tu, tangan kanan aku jammed jap. takut giler aku dibuatnyer… perkara tu jadi sebab aku asyik pegang ‘mouse’ komputer hampir sepanjang hari. dah rasa macam nak kena stroke plak..hu…seram !

6. Keistimewaan yang aku dapat…

Antaranye… leh rehat lebih awal dari selalu…he3…selalu rehat kul 1 kan? bile dah join kawad, diorang bagi rehat awal. hak3…( gelak jahat ). Dapat makan sarapan free. Dapat air minum free… apelagi..erm…bos2 tak leh kacau…yess…opss..tu keistemewaan ker? boleh lah  kot.

Last but not less….

s

Taaa daaa….. dah lama aku nak kasut ni…muahahaaa… my wellington shoe… hak milik kekal ok…bukan pinjaman…ahaksss…best giler. ngam – ngam saiz kaki aku jer…

ss

And again…ta..daaa…adoiii…silau tak?ha3….bertambah lagi koleksi kasut boot aku…walaweihh….