Rabu, 14 September 2011

Hey baby! free gift…

Pagi sebelum siap – siap untuk raptai  Sambutan Hari Kebangsaan kat Padang Kem Belia nun, aku siap – siapkan dulu beg my kids.

Aku prepared siap – siap ngan susu, botol susu diorang and pampers. Senangkan hasben supaya dia tak kelam – kabut nak cari semua barang – barang tu..

Masa nak amik pampers  tu, aku perasan yang pampers my kids ade yang dah abis. Opal punya pampers dah habis terus. Fa'el punye pampers masih berbaki 2 keping.

So, jap tadi aku minta ktolong hasben belikan since dia dah lama ‘ushar’ harga pampers kat family store tu that day.
edited

Hey baby! brand… sebenarnye aku kerap tukar – tukar brand pampers. Terutama sekali anak aku yang no. 2 nih, si Fa'el.

Kalau Opal, aku tak leh tukar ikut suka sebab punggung dia sensitif. Silap pakai pampers, punggung dia akan berkuap ngan ruam. Tebal plak tu…uihh…serik nak jaga. Kesian tengok bila punggung dia merah – merah…pedih woo…

Sengaja hasben beli brand yang ni kali ni untuk Fa'el. Mengenangkan harganye sangat berpatutan, RM 23++ jer… yang best, ade gift.

Yang tak best, 1 jer ‘gift’nyer. Aku leh bayangkan jap lagi pas aku amik diorang dari rumah pengasuh… confirm haru – biru rumah ni dek bunyi suara diorang rebutkan gift ni…he3.

Untuk Opal, aku tak belikan dah pampers dia. Dah besar dah pon. 4 tahun maaa… dah pandai cakap, and tahun depan nak skolah dah… save budget sikit. Berak kencing pon dah ok dah. Dah reti pi toilet sendiri…

So, tak perlu lagi dah la pakai pampers tu. Tido malam pon, ok..takde plak terkencing kat tempat tido coz bile dia rasa nak kencing, dia leh bangun sendiri pi toilet… but before that, dia akan kejut aku dulu lah. Temankan dia. He3…

cats

Tu haaa… mini whiteboard with w/board marker pen. Hasben dah gantungkan siap – siap kat penahan pintu. Tak tau la sape yang perasan dulu nanti.

Tengok jer la nanti…ngeh3…

Tiada ulasan: