Jumaat, 16 September 2011

Malam raya dan raya pertama

Ha3…mesti ada yang mengata aku kan. Mesti ada yang cakap

“ raya tinggal separuh jer, baru nak kuar entry pasal raya ?”

He3… aku kan dah cakap, raya hari tu banyak agenda dan paras kemalasan aku melonjak – lonjak mengalahkan saham kat Bursa Saham tu. Memang tak boleh nak buat ape dah. Tapi dalam hati ni, melonjak – lonjak jer nafsu aku untuk bercerita tentang raya.

ok…cukup dah membebel. Kali ni citer pasal raya plak.

Sejak aku kahwin, tahun ni la baru first time aku sambut malam raya di rumah mentua. Tahun – tahun dulu ( 4 tahun sudah… ), kitorang balik rumah ayah aku dulu. Ye lah, masa tu keluarga aku sedang berhadapan krisis keluarga yang sangat – sangat sukar. Yup… mujurlah hasben sangat memahami.

Tapi since tahun lepas bila keluarga aku dah stabil semula… hasben nak malam raya tahun ni sambut kat rumah mak abah dia. aku ? ok jer…kan dah kata. Bukan jauh sangat pon rumah ayah aku ngan rumah mentua. Dalam 1 jam jer pon…he3

cats

Haa.. ni baru sebahagian je dari anak cucu mentua aku. Gambar ni kitorang amik pagi raya lepas kemas rumah dan lepas sembahyang raya.


Cer korang tengok budak kecik yang pakai baju melayu warna biru kehijauan tu… geram tul aku ngan dia ! Langsung tak fokus kat kamera… Tu la Fa'el, hero cilik aku yang no. 2.

Yang sulung, korang tengok kat sebelah kanan Fa'el tu. Yang gaya macam tersepit tu… Tu la Opal. Tak tau la ape yang seronok benor kat hati dia… sampai terjelir lidah kat gambo pertama tu.

Tu baru 2 keping… agak – agak korang, aku yang mane 1 ek? leh cari tak? he3… cer la carik…jeng…jeng… jeng…

Tiada ulasan: