Khamis, 3 November 2011

Tips bekerja di hadapan komputer di pejabat!


1.  Tahap ketinggian meja / paras meja anda mesti berada pada paras siku.

2. Cari kerusi dengan sokongan belakang yang baik dan boleh dilaraskan ketinggiannya.

3. Laraskan ketinggian kerusi sehingga paras lutut tinggi sedikit dari paras pinggul apabila duduk

4. Cuba gunakan alas kaki untuk mengelakkan tekanan sekiranya anda duduk untuk jangkamasa yang panjang

5. Anda boleh menjadikan buku - buku kecil sebagai alas.

6. Laraskan monitor tinggi sedikit di bawah paras mata, 10 - 15 darjah di bawah paras mata : untuk mengelakkan masalah leher.

7. Kurangkan pergerakan leher dan kepala berulangkali kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan sakit leher.

8. Gerakkan mata dan bukannya kepala dan leher anda !

9. Duduk tegak dengan postur yang baik !

10. Jangan duduk terlalu lama dan keraplah ambil masa untuk berehat sekejap.

11. Berdiri, berjalan - jalan, buat regangan beberapa minit setiap 60 minit bekerja di depan komputer.

12. Tetapkan masa untuk mudah mengingat...* tu pun kalau kamu rajin lah..!





Tiada ulasan: