Rabu, 8 Mei 2013

Beli air - cond...

Sebelum nak beli tu, aku ada la tanya kat member opis. Dia kata... kalau nak jimat elektrik, beli yg ade inverter... jimat!

Puas lerr bertekak ngan amoi kat kedai letrik tengah2 town Seremban tu... 

Q : you mau letak mana itu air-cond ??

A : Bilik tidur...

Q: itu bilik besar ka kecil? ada macam hall tak? 

A : kecil aje.. buat apa mau besar2?

*bilik tidur yang dimaksudkan adalah standard saiz bilik tidur rumah biasa.

Q : kalau macam tu, you better ambil air-cond biasa aje cukup. Itu on-off function punya. Tak payah pakai inverter... jimat, kalau de inverter.. dia punya halga ada mahal sikit...

A : apa beza inverter dengan yang biasa? kalau saya mau ambil yg inverter punya tak boleh ka?

Q : hayya... you tau ka? inverter tu utk apa?

A : tau maa... jimat letrik punya!!

Q : memang utk jimat letrik. tapi sini saya mau kasi tau sama you. Bilik kecil standard biasa tu, kalau you on air-cond... kejap aje sulah sejuk. once dia sejuk, itu motor akan otomatik stop working

A : kalau yg inverter tu kan lagi jimat?

Q : hayya.. memang jimat tapi haa... berapa lama you mau on itu air-cond? sampai pagi ka? or above 8 hours ka? kalau you pakai inverter air-cond.. paling kurang mesti you on sampai 8 jam. sebab kalau tak... serupa you tak payah pakai inverter.

A : kenapa?

Q : apa sebab inverter ada? sebab dalam ruang besar, agak lambat baru suhu jadi sejukkan? so, motor dalam air-cond itu kena keep working sampai compressor leh detect suhu yg sesuai utk motor itu berhenti. Once bilik tu dah sejuk baru dia stop working. biasanya lepas 8 jam. Each hours, jum. tenaga yg digunakan akan berkurangan. tapi kalau you tutup before 8 hours, jum. tenaga yg digunakan akan jadi sama macam mula2 you switch on.

A  : haa?? macam tu ka?

Q : ya laa.... banyak customer saya cakap haa... diorang biasa pakai air-cond bila mau tido saja. tapi tengah2 malam diorang akan switch off itu air-cond. diorg cakap sejuk sangat. tapi diorg pakai air-cond inverter punya. apa macam?

Itu perbualan antara me, my husband and the amoi kat kedai letrik at town Seremban tu... in the end.. korg rasa kitorg pilih yg mana? on-off ke inverter? heheheee.... well, aku amik yang biasa je...

---------------------------------------------------------ll--------------------------------------------------

korang paham ke citer kat atas tu? kat sini pun de explain sikit pasal air-cond inverter tu.



5 ulasan:

Mas Zull berkata...

assalamualaikum syu...banyak ckp pulak amoi tu org nak beli bagi jer la kan...mcm mana syu yg mana jadi pilihannya?

dummyblog berkata...

betul kata amoi tu 100% unit inverter ni sesuai untuk kegunaan ruang yang besar dan berterusan. tapi kalau setakat ruang bilik kecil bagus guna aircond macam york ke bila suhu bilik dah cukup sejuk die akan auto cut off dan bila suhu bilik makin panas akan auto on. hanya pendapat dari saya yang bekerja sebagai aircond installer.

skuterlady berkata...

mas zull : saya ikut nasihat amoi tu jugak akhirnya... beli yg on-off aje. betul cakap dia... tiba tengah malam, kitorang tutup air-cond...haha

skuterlady berkata...

dummyblog: tq for that info.mmg sama macam cakap amoi tu...

Man Siakap berkata...

on lettew haha