Selasa, 29 Mac 2016

Sarapan apa hari ni?

Sepinggan kuih... keria 2 ketul... karipap kentang 2 ketul dan pau berintikan kelapa 2 ketul...

itu yang ngko nampak! ada 2 ketul lagi... kuih burger malaysia... tapi tu dah selamat dihadam masa gambo ni di ambil.. ^_^


ni je la sarapan pagi aku hari ni... harga = RM 3.20 semuanya...

selalunya lagi jimat... hehe... RM 1.20 untuk sebungkus nasi goreng... kadang mee goreng, tak pun bihun goreng... kuew teoy pon sama gak...

waaajib topup sambal...

tapi pernah lah sekali tu, aku tapau nasi lemak... sampai je opis, masuk je mulut.... tawar!

tah mana lah yang lemak tu, aku tak tau... frust aku! kononnya nak makan nasi lemak ( yang betul2 nasi lemak! ) tapi hampeih...

telur dadar 2inci x 1 inci...? ok lagi...

kacang seciput? pun ok lagi...

timun nipis senipisnya...? ok jugak...

nasi lemak... yang langsung takde lemak... yang memang nasi putih betul tapi dikata nasi lemak?



FAILED...!!!

lama jugak aku nak lupakan insiden nasi yang tak lemak langsung tu.... masa tu memang rasa nak marah je bila teringat - ingat... hahaha

tu lah... amende tah.. pasal nasi pon nak hangin! mungkin sebab expectation aku terlampau tinggi... mungkin lah kot...

jadi bila terkena macam tu... eh, rasa tertipu sangat! walaupun isunya cuma tentang nasi putih yang dikata nasi lemak....

ishh... ishh... ishh....



Rabu, 23 Mac 2016

Wajah terkini meme 'success kid' yang pernah menjadi viral!

Blog sepi dan bersawang? ohohohoooo... blog ni memang biasa... kekadang 'idup' kekadang 'tidur' dengan entry baru... ^_^'

mesti korang biasa tengok budak gebu ni kan? yang pipinya tembam... yang pipinya bulat macam di pam pam...

eh... eh... comel sangat lah!


hampir 10 tahun dulu dia jadi viral!

masa gambar ni diambil, dia baru berusia 11 bulan... itu lah dia, Sammy Griner yang berasal dari Jacksonville, Florida

kali pertama di muat turun ke laman web pada tahun 2007 oleh ibunya... dan gambar comel ini mula menjadi viral pada tahun 2010...



dan 

...

ini wajah terkini Griner....


Tak siapa pun sangka, dengan meme gambar comel Griner tu... keluarga Griner berjaya memperoleh sumbangan bagi menampung kos rawatan perubatan bapa Griner yang perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. 

Pembedahan tersebut berjaya dilakukan pada 2015!


ooohaii... tetiba terfikir sesuatu.... mungkin ini yang dikatakan rezeki anak! hmmm... ^_^





Selasa, 15 Mac 2016

Selamat pengantin baru....

selamat pengantin baru...

khas buat pasangan pengantin yang dah pun melangsungkan majlis dan yang bakal melangsungkan majlis sepanjang cuti sekolah ni...

berapa jemputan dah yang korang dapat...?

berapa pulak yang korang sempat jengah?

huhuhu... aku dapat 2 jemputan. serentak ahad lepas... tapi 2 2 aku tak dapat hadir. T_T

1 jemputan dr. my ex-officemate... 1 jemputan lagi dari staff yang dah lama pencen. 2 2 memang kalau boleh nak hadir... walaupun yg 1 tu jauh nuuuu di Batu Kikir jambatan bosi tu...

hasrat nak datang tu memang ado kak! joki yo yang takdo!


so demi kak zila, aku buat entry khas ni... huhuhu... comel sangatlah akak dalam gambo tu! tq to mekna yang sudi share gambo gorgeous amat nih....


hoooo... M.... G....!! aku tunjuk kat brader opis... dio pon samo gak cam aku... terpegun!

siapakah mak andam nya nih? berseri seri kawan aku nan sorang nih.... hihiiii


taaa raaa... yg kiri tu mak andam ehh... cantik la kak oiii... pandai ko cari mak andam ni kak! hasil memang terbaekk lah...


artis pon pakai khidmat mak andam muda belia ni... ebby yus...


haiza... ehh macam kenal je penampilan haiza ni... kat mana ek? owh... konsert Gegar Vaganza 2016! yang juaranya tu Nana...

harga pon harus lah kena dengan hasilnya... tapi kalau hasilnya macam tu punya meletopsss... ape de hal... ye tak??


ape pon semoga kak zila n husband nya kekal bahagia hingga ke jannah... ^_^


Ahad, 13 Mac 2016

Nak cari bilik sewa?

Oooohoooo...

Dah cuti sekolah dah ek? ye... walaupun seminggu, tapi budak2 tetap seronok... mana mau pigi? cuti cuti kat mana? kampung kah? atau ke tempat percutian kah?

apa apa pun semoga selamat pergi dan selamat kembali ke rumah semula lah hendaknya korang ye... pada yang tersinggah ke blog ni... trima kasih.... ^_^'

pada yang masih sentiasa sudi jengah blog 'kosong' ni... timo kasih juo lah yo! esey terharu... sob... sobb... sobb....


hahh... mau cari bilik sewa kah?

erm.... aku tau sekarang ni je dah ada macam - macam laman web untuk cari bilik sewa. tak macam dulu... dulu kena round keliling... tengok tengok kot de iklan bertampal pasal bilik sewa ni.

sekarang ni zaman dah makin canggih. maklumat semua dihujung jari... taip je nak cari bilik sewa, berderet yang keluar.

kot kalau ada yang tengah mencari bilik untuk disewa tu... boleh ler korang try jengah kat web ni :




nampak tu?

klik je button yang sesuai dengan kehendak dan keperluan korang. bukan setakat nak cari bilik sewa je...

nak sewakan bilik kat orang pun boleh... senang je..

antara ciri ciri yang ada dalam web http://hidup.my/ ni :


  • map function
  • price range
  • find a housemate - contact user
dan ciri yang paling istimewa kat web http://hidup.my/ ni 


haaa... ni lain sikit. korang dah ada bilik tapi tak mau sewa sorang sorang. nak cari rakan sebilik, hahhh... boleh je cari kat sini. 

kot student, boleh la join rakan sebilik di kalangan student jugak... ^_^


1 ciri lain yang aku suka, web ni amatlah mobile-friendly... tak perlu download aplikasi kat handphone. jimat ruang memory handphone aku... hehehe...

so macam mana? 

lepas ni boleh la iklan bilik bilik sewa korang kat web ni... yang nak cari roomate, boleh jugak jengah...

web ni pun baru je dilancarkan pada Oktober 2015. semoga dengan penyertaan anda, web ini akan lebih meriah.



Rabu, 2 Mac 2016

Fesyen Hijab Terkini

Ehh... ehh... ehh.. hijab?? Oooo... hijab tu tudung lah... dannn...

Tudung ni adalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Sebab... menutup aurat adalah waaaaajib bagi Muslimah dan

Memakai tudung juga memberikan ruang bagi mereka sebagai Muslimah untuk mempraktikkan serta menerapkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.


Namun...

bagi wanita di Malaysia hari ini, pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai secara tidak langsung ianya dapat menambahkan seri kepada si pemakai.

Contohnya macam wanita di dalam gambar kat bawah ni. Manis kan?


Bagi wanita Muslim di Malaysia, pemakaian tudung adalah biasa dalam budaya mereka kerana menutup aurat adalah dituntut dalam agama.

Pendek kata,

Sambil mengamalkan ajaran agama, mereka tetap dapat menjalani kehidupan seperti biasa...

Tudung atau scarf ini dipakai untuk menutup rambut, telinga dan leher wanita. Ianya berbentuk segi empat dan segi tiga dengan cetakan yang pelbagai.

Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar 'plain'.

Namun kini terdapat variasi rekaan fesyen hijab terkini yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam - macam lagi.


Selain itu, tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila - bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malahan untuk dipakai ke pejabat pun sesuai sangat... ^_^

Pada masa yang sama, tudung yang ada hari ini sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai.

Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik.

Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt lauh agar nampak lebih santai namun elegan.

Banyak butik fesyen Muslimah online yang ada di internet menawarkan pelbagai koleksi hijab terkini online yang pastinya disukai hijabista.

Jika anda mahukan penampilan yang lebih moden, cuba tips ini - cuba bermain dengan aksesori untuk dipadankan dengan stail anda.