Sabtu, 23 Disember 2017

Kisah cleaner rebah di depan bilik aircond pejabat

Kesian kat akak cleaner tu. Pagi semalam orang jumpa dia pengsan betul betul depan pintu bilik aircond kat opis tu. Padahal sebelum tu senior aku jumpa dia, elok je. Siap mintak cif  tolong bukakan pintu sebab dia takde pass keluar-masuk elektronik tu. Cif kata akak tu masuk sengsorang je. Dalam kul 7 pagi camtu... Awal lagi. Mana de orang pon kat tempat dia nak masuk tu.

Tak lama lepas tu, cif kata de pegawai jumpa akak tu dah rebah depan bilik aircond. Nak kata pengsan, tak plak... tapi katanya, badan akak tu lembik semacam. Alahai... Kenapa kak?!

Wak yang tawarkan air untuk akak tu cakap yang akak ni lemah semangat. Terkejut gara - gara terserempak ngan lembaga 2 beranak masa buka pintu bilik air cond tu. Huhuhu... Lembaga 2 beranak? Wak tu nampak ler kot '2 beranak' tu... Akak cleaner tu dah dijemput balik. Suami dia datang amik. Longlai betul badan dia sampaikan terpaksa berpapah. Nak tekan tipon pun tak berdaya katanya. Nak bercakap pon tak larat. Acaner tu? 

Tak dapat la nak tanya akak tu cerita yang sebenar. Suami ehh terus amik dia bawak balik. Berubat la kak... Pulihkan balik semangat tu. 

Ni first time aku dengar de orang pengsan kat opis disebabkan 'lembaga' ni. Sebelum ni biasanya diorang jumpa kelibat je. Stakt meremang bulu roma... Dengar dengar bunyi... Tu biasa. Lum la sampai pengsan gini. 

Sabar la kak ye... Pejabat kitorang memang ada. Bilik aircond tu memang dah jadi tempat bertandang 'diorang'. Agaknya '2 beranak' tu pon sama terkujat gak masa akak tu buka pintu. Aihh... Tak tau la... Aku stakat ni nasib dengar bunyi je... Kalo nak tunjuk rupa tu, ish ish ish... Tak payah ler... Jangan ler ngko tunjuk... 😂 

Bukan aku je seram, de brader sorang ni... Muka je ganas, dengar je citer camni... Tak jadi dia nak tutup pintu pejabat. Rela dia bagi kat member. Yang member tu plak, suka tak suka... Terpaksa la keringkan hati... Hahaha... Seram!!!  


Beruk mak yeh niiii... Bukan la sengaja nak dera dia jadi macam tu. Tapi ada sebab... Nanti aku cerita di entry lain yer.. 😂... 

Selamat berhujung minggu... Selamat bercuti... Bye! 


Tiada ulasan: