Selasa, 27 Februari 2018

Antara 2 pilihan

Assalamualaikum...

Duhai blog kesayangan hamba... kali ni berbunyi lagi tapi tak ceria sangat. Ye lah... Beberapa tahun ni aku sedang di uji dan masih di uji... Makin lama makin banyak yang terbongkar...Dan makin lama makin menyakitkan. Aku ingat aku dah boleh berlapang dada. Aku ingat hati dah boleh tenang... Tapi tiap kali tu la... Hati disakiti semula. Perkataan sabar tu dah macam air sungai... Selalu je jadi sebutan kat hati ni. Hati disakiti... Hati ni jugak cuba pujuk sendiri... Sedih!


Tapi sampai bila?


Sekarang ni aku tersepit antara 2 pilihan...

Nak ke kiri atau nak ke kanan...


Kalau ke kiri... bertahan... bersabar dan terus bersabar... sabar dan sabar lagi... tak tau sampai bila... sakit makin sakit... keadaan bukannya jadi makin elok... tapi makin teruk... Subhanallah... kuat betul dugaan ni...

Kalau ke kanan... aku kena betul - betul nekad... betul - betul kena kuat mental... tapi banyak faktor kena amik kira... dan aku takut pilihan yang ni salah! Takut sangat... Aku takut menyesal di kemudian hari kalau terlampau ikutkan perasaan... Allahuakbar!


Istikharah?

Sedang usahakan... Moga - moga ada jawapan terbaik untuk aku... Doakan ye... supaya Allah makbulkan dan beri petunjuk pada aku...

Aku perlukan sangat petunjuk ni... Perlukan sangat...

Tq...



Jumaat, 23 Februari 2018

Kenapa rumah saya tak diziarahi adik beradik pun

Ada orang pernah mengeluh dengan aku. Tiap kali habis raya ( hari tak raya pun ), mesti dia mengeluh. Katanya, kenapa adik - beradik, mak ayah saya susah sangat nak menyinggah ke rumah saya?

Tak dapat aku nak jawab kenapa, tapi aku jumpa petikan ni kat fb... Mai aku share sikit..

---oo---

" Kenapa rumah saya adik - beradik tak datang pun?"
" Aku je ziarah diorang...
   Diorang? Lalu je tapi tak singgah... "

Mari saya bagitau

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim. Kalau kita buat, kita dapat pahala. Diorang tak dapat...

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala, kebencian, dendam atau cemburu...

Jadi biarkan orang yang tak nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia. ( sunnah ada banyak jenis. bukan setakat tambah 'cawangan' je.  )


Seperkara lagi :

Saya sendiri tidak kesal atau kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka sibuk. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.

Kita tak perlu kecil hati. Inshaallah, orang lain jadi tetamu kita, membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahami 7 perkara dalam hidup kamu :

1. Apabila ayah meninggal dunia, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
2. Apabila ibu meninggal, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya
3. Apabila abang kamu meninggal dunia, maka longlailah cita - cita yang dikongsi bersama
4. Apabila kakak kamu meninggal dunia, maka hilanglah senyum kasihnya
5. Apabila adik - adik kamu meninggal dunia, maka hilanglah tempat menumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya
6. Apabila pasangan kamu meninggal dunia, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya
7. Apabila sahabat kamu meninggal dunia, maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus bersih hatinya

Ketahuilah, hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

---ooo---

Untuk aku lak, aku pikir sama macam penulis ni fikir. Tak perlu nak kecik hati. Mungkin diorang ada sebab tak dapat nak singgah ke rumah kita. Takkan kita nak paksa - paksa pulak orang datang. Kalau kita dah undang, dah jemput tapi orang tak dapat nak datang... Takpelah... Kita toksah ler mengeluh... Kalau Allah izinkan diorang singgah, adalah... Kalau tak, takde lah...


Note :

Tak pasti petikan asal ni dari link mana. Kalau ada tuan punya yang baca boleh inform kat saya.. TQ

Selasa, 20 Februari 2018

Sabar... bodohkah aku?

Rindu sangat nak update blog! Sungguh... rindu tapi masa je tak mengizinkan. Kadang mood nak mengarang tu takde. Ke mana mood tu? Ke laut! Hehe...

Tahu tak... Sejak kebelakangan ni aku selalu dihidangkan dengan perkataan ni... S.A.B.A.R!

Ada masa, mampu sabar... ada masa, hanyut jugak dengan perasaan... Perasaan apa? Kecewa... sedih... hampa... other time, aku blame diri sendiri sampai down gila... Hanya anak2 yang setia teman aku saat2 aku jadi macam tu. Syukur jugak aku tak ler sampai tahap nak memudaratkan anak2... Tak... alhamdulillah! Syukur sangat! 

Sekarang ni aku redha dengan ujian yang Allah bagi... Aku terima hakikat, ada yang dah berubah yang takkan dapat balik semula macam dulu. Takpe, tapi aku harap, orang tu pun dapat terima hakikat yang aku tak dapat penuhi kehendak dia. Masalahnya, orang tu pulak tak boleh... hahh... sila la belajar terima hakikat jugak macam aku ni ye!


Macam tu lah... Selagi boleh sabar, aku sabar... Bab berdiam tu... Aku dah puas meluahkan, so sekarang aku diam... Dah malas nak buka mulut... Buat la ikut suka hati ngko camne. Ko dah bahagiakan? Selagi aku aku bleh tahan, aku bertahan... sebab aku tau, " Allah tahu apa yang aku rasa. "

Sekarang ni masa untuk aku belajar hargai diri sendiri. Dulu tak berapa nak kisah pasal diri, la ni kena lah belajar. Sayang diri sendiri sebelum apa - apa... Dulu pakai asal boleh je... selekeh! Bak kata officemate aku, " dulu, aku tengok ngko ni selekeh... dah macam anak sedozen dah aku tengok ngko ni... padahal umur ngko muda lagi. Tapi nampak macam dah makcik - makcik sangat! "

Cerghh... puaka punya mulut! haha...

Okey! Fine..!

Pasni cakap ler aku macam makcik lagi... siap kau! Dushhh....!!!

Kann... #sabarlahati

Saat hati berkata ingin, namun Allah berkata, Tunggu!

Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah lebih baik...

Aku cuma harap Allah akan beri aku petunjuk yang aku perlukan... Mudah - mudahan diizinkan Allah...



Note : 

Tak dinafikan, makin kita bersabar semakin galak orang memperbodohkan kita. Tapi itu tak bermakna kita ni memang bodoh. Dan orang yang memperbodohkan orang lain ni lupa... Balasan Allah tu ada... Takpelah, sekarang aku jadi penonton je... Selama mana dorang nak menipu. Pepatah kata sepandai - pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua...  Takpe... Allah ada...