Rabu, 24 Ogos 2011

Sejuk…!!!?

Kelmarin aku beli termos baru sebab termos yang lama tu dah jahanam. Bukan sikit – sikit. Memang jahanam terus!


Elok aku angkat nak tuang air, buntut termos tu bolos… abis terbarai semuanye… hu3... sedih!

DSC01437 

Ni ha termos baru tu… tapi yang aku tak puas hati tu… malam pas beli tu aku terus masukkan air panas. kalau termos yang lama tu ( sama jenis dengan termos baru ni… tapi beli kat tempat lain.. ), air panas leh tahan hampir 24 jam…

Diulang… 

24 jam !!

So aku pikir termos yang baru ni leh tahan selama tu la jugak.


Pagi semalam aku sahur macam biasa. Buat air panas guna air dalam termos tu la... Baru bancuh, tapi air dah rasa suam – suam kuku. Pelik, tapi aku just ignored jer…

Then, petang semalam, aku nak rendam apa tah ngan air dalam termos tu. Aku tuang la dalam bekas tapiiii…….. tak berasap pun cam sepatutnyer…

SEJUK…!!



La… takkan la kot… aduihh… ni yang aku menyampah ni… nape pulak tak panas? aii… nampaknye ade la yang nak kena pulangkan semula nihh..


Nasib baik aku tak buang lagi resit tu… kalau tak, sia – sia je…




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni termos jaman org dolu..bapak mertua aku pakai lagi..elok patutnya termos cenggini

emarieys berkata...

baik pergi tukar..termos dah tak eloklah tu

♥MAMASYAZA♥ berkata...

frust kalo termos tak panas. kena cepat2 pegi tukaq tu