Khamis, 19 September 2013

Macam orang!

Senyap sekian lama bukan sebab dah tak mau berblogging lagi. Tapi… kekangan masa yang melampau… ecehh… over!! ^__^

Tapi sungguhlah… penat… stress… semua ada. Tu sejak semenjak ni lah… tapi nak buat macam mana… dah kerja kan? Buat aje lah… syukur ade kerja… de juga income bulan – bulan. Hee


Bila dah stress, kenalah pandai – pandai cari sumber untuk dijadikan hiburan. Jawapannya, tu haa…. 

merujuk perkara di atas….’  n_n

Antara kisahnya...

Bila tiba masa rehat tengahari,,, Kekadang tu je lah staff yang sorang ni keluar. Tu pun kalau ada hal. Kalau tak, lebih baik aku buat keje.. katanya!

Kalau dengan aku, staff ni tahap pegawai atasan. Tapi kalau dengan anak2 aku, staff yang terpaksa dirahsiakan namanya ini tahap makcik lah.. heehaa..


Biasanya, kat tingkat 2 tu de lah 2- 3 orang staff lain yang tinggal. Maklumlah, rumah jauh.... kalau tak ke mana, memang kat opis je lah duduknya...

Biasanya juga kat kaunter tu de 'akak' aku stay. tapi hari tu, nak dijadikan cerita... rehat tu, akak aku keluar.  Tinggal la pegawai ni sorang - sorang... siapkan kerja mana yang boleh... Sekejap tu, dia keluar kejap ke kaunter akak tu.

Tengah belek - belek fail kat situ, tiba2 dia rasa macam ada sesuatu kat salah 1 kerusi yang ada.

macam ORANG...!

Tapi 'orang' itu memandang dinding... diam!

Dia cuma nampak sisi je. Tu pun dengan ekor mata je dia tengok. eh... bukan si tuttt... ( sekali lagi dirahsiakan namanya...hikkk ) tu keluar ke? Dah balik ke?

Kali ni dia pandang terus !!

Kebetulan masa tu lampu di sudut itu dimatikan. Nak jimat!

Oooohooo.... bukan orang!

Tapi... lembaga hitam.... macam orang!

Hohooo... nak tunggu apa lagi kan?? senyap - senyap je staff ni keluar dari situ.. he3..




sekian....................................................




Tiada ulasan: