Sabtu, 22 Julai 2017

Bentan masa pantang sendiri.


Ni aku nampak masa check up perut. Masa tengah tunggu hari nak bersalin. Tak tau la apa masalah yang tuan kereta ni tengah ngadap masa ni kan. Sampai jemur pakaian pun kat kereta je. Ni betul2 kat kawasan tempat kereta klinik tu la...


Hohh... bentan?

Ye... bukan sekali... tapi 2 kali. Ni masa pantang sendiri hari tu la... Memula kena tu masa hari kedua aku berurut. Lepas je akak tu balik, tengah hari tu tetiba je badan ni menggigil - gigil. Puas lah berselimut... pakai sweater tebal tu lagi... tapi tetap menggigil. Aduihh... siksa! Sambil tu aku dah siap2 panaskan batu sungai tu. Bila dah panas, aku letak dalam selimut. Lama gak baru lega... Bila dah lega tu, aku minum air panas. Tambah lega.

Pastu lagi sekali... kali ni lebih teruk sebab aku kena selsema. Sendi rasa bisaaaa sangat! Sakit weihh... Dalam dok menggigil tu, sendi semuanya terasa sakit. ya Allah... Azab rasanya sepanjang 3 hari tu... Nak nangis pun ada... Stress sangat. Untuk sembuhkan selsema tu, aku makan buah oren sunkis tu setiap hari. Buang air besar pun senang... Selsema pun kurang. Alhamdulillah.


Peneman aku... Amie...

Tu yang dah hancur berkecai tu... bola stress aku. Asalnya bentuk hati. Tapi malam tu sambil teman aku, dia 'kerja'kan cukup2 bola stress aku tu. Hancusss terusss...

Husband bawak balik bola stress tu. Time stress je, aku genggam bola tu kuat2. Bila anak2 tanya, aku cakap bola tu lambat hati aku... Bila dah berkecai... camtu la hati aku.. 'berkecai' sama... heeee!!!

Sampai hari ni tak sembuh lagi. Bola tu pon aku dah humban lam tong sampah... ekekekee....

Hahh... yang aku bentan tu kan... lepas je aku elok dari demam sendi tu, husband plak kena. Berhari2 dia kena. Aku lega dah. Badan tak gigil lagi dah. Buat cara yang sama la. Berselimut, letak batu sungai yang dah dipanaskan tu dalam selimut. Kalau dapat minum air panas masa tu lagi bagus. 


Amie merajuk masa ni. Bukan sebab rasa tak dipedulikan tapi sebab aku tak bagi dia cium baby lelama... haha...


Punca bentan? pemakanan aku ler... aterrr... pantang sendiri, mana de orang nak larang bagai. Pepandai ngko la kan try and error makan pe yang terhidang. Masa ni aku makan nasi impit tu.

Yg memula tu pon aku makan nasi impit. Siap ngan sambal kacang. Haa... sambal kacang tu pun sebab gak tu! Bentan!

Dah sakit2 baru tau. Mak mentua aku la yang cakap. Kacang tanah tu tak leh makan masa pantang. Angin! Tu yang sakit2 badan aku tu...  2 kali kena, 2 kali gak aku makan makanan tu. Nasi impit segera dengan kuah kacang... 


Serik sangat! Lepas2 tu tak berani dah nak try and error. Tak sanggup nak ngadap bentan tu lagi dah... Makan je lah lauk pantang tu dendiam. Tu pun seco'et seco'et je mampu makan. Gigi sakit! Kalau tengah kunyah tetiba tergigit yang keras tu kan aduuuumakkk...! Nangis! 





Jumaat, 21 Julai 2017

Pengalaman berpantang sendiri

Bukan senang nak berpantang sendiri ni ye! Kena banyak persediaan termasuk persediaan mental. haha... Sebelum bersalin tu, baca bebanyak pengalaman orang lain berpantang sendiri. Boleh jadi panduan untuk korang kalau terasa nak berpantang sendiri satu hari nanti.


Oleh sebab berpantang sendiri, aku sedaya yang boleh cuba pastikan semua keperluan berpantang aku ni mencukupi. Alhamdulillah la... semua dipermudahkan.

Asalnya janji dengan orang lain, kesudahnya berurut dengan orang lain. Tukang urut yang asal tak jadi mengurut sebab masih bersedih ngan kehilangan anak perempuan dia. Satu - satunya plak tu. Sabar lah kak. 

Ngan tukang urut baru ni, aku kena tunggu sampai hari kelima berpantang baru dapat berurut ngan dia. Jadual penuh, katanya. Ye lah, nurse yang datang rumah tu pun cakap... bulan tu ramai nau yang bersalin. Termasuk aku je, 10 rumah dia kena melawat. ðŸ˜¯

Berurut 3 hari berturut. Aku amik pakej berurut sekali ngan berparam dan berpilis. Barang2 semua akak tu yang sediakan. Aku sediakan bengkung je. 3 hari tu dia tolong ler ikatkan bengkung. Lepas tuuu... aku ler terkial - kial ikat sendiri.

Bengkung... aku pakai bengkung moden tu... Yang zigzag tu. Pinjam Cik Jijah punya. Bengkung moden aku ada tapi pendek. Kain ehh kasar plak tu... Gatal2 bila pakai lelama.. adeihh... Yang Cik Jijah punya labuh. Sedap sikit bila pakai. Kain pun lembut je. 


Hahh... losyen ni aku order online je kat Shopee MY. Ni aku pakai lepas habis 3 hari berurut untuk gantikan param. Losyen ni lebih senang digunakan berbanding param biasa tu. Ngko kan nak berpantang sendiri... kena la cari param yang mudah macam ni.

Satu lagi, losyen param ni memang hangat kaw kaww punya! Sebelum pakai bengkung, sapu rata kat perut ngan peha. Lepas tuuuu.... haaaa.... meleleh - leleh peluh! Tu kesan losyen ni kat aku la. Memang best gilerrr... tapi siksa gak lerr menahan panas...😂 Losyen ni aku pakai sampai habis. Tahan sebulan.


Pilis? aku pakai hari ke2 ngan ke3 berurut tu je. Tu pun sekejap. Rimas lerrr.. Jejaka jejaka Malaya kat rumah tu semua hairan tengok aku berpilis tu. Ye la, dedulu mana penah pakai... haha... Kesudahnya, bila pilis tu dah kering... terus aku bilas.

Bertungku? Ni lepas berurut, aku teruskan gak. Kan dah de batu sungai. Berat pun berat la... gigih tu pakai. Hangatkan badan. Lagi berpeluh la badan... Berguna sangat batu sungai tu. Terutama sekali masa aku kena bentan... ohoooo hoiii... 2 kali tau aku kena.... kali kedua tu agak teruk sebab pekej ngan selsema... menangkap seluruh sendi2 badan... nangis wooo!


Jamu? aku tak amik jamu. Takut anak jaundis masa nih. Tapi aku amalkan minum air Jus Mawar ni. Beli 2 dapat 1 free gift. Ni pun beli online jugak. Agak mahal, tapi berbaloi. Rasa pun sedap. Melampuh susu badan aku lepas minum jus ni. Sampai tahap bengkak susu la... terus aku stop kejap minum. Bila doktor dah sahkan baby takde jaundis, baru la aku start minum balik.


Bengkak susu? Jangan pandang remeh ye! Boleh demam tau... dan ibu - ibu dalam pantang kena jaga kesihatan betul2 jangan sampai demam.

Urut je la tetek tu kalau dah bengkak!

a big NOOOOOOOOOOOOOO....!!!

Bukan makin kurang, tapi makin menyakitkan tau tak! Rasa cam dada tu nak meletup pun ye gak. Aku kena pun, menangis tau! Ngan anak meragam... Lagi la nangis! huhu...

Kalau nak legakan sakit tu... Korang tuam la buah dada tu ngan tuala yang direndam dalam air suam. Pastu, ngko pam la setakat yang termampu. Biar lega sikit. Kalau masih de terasa cam susu tersekat je tak mo keluar, korang urut je payudara ngan sikat sambil selawat. Inshaallah... nanti lega la tu. Aku siap sapu minyak yuyi sekali.


Herba mandian? Ni je yang tak dapat seperti yang dihajatkan. Tapi aku try pakai sabun panas Vasia.


Hok ni pown... bapok la panas! Jangan tenyeh mata kalau pegang sabun ni. Pedau weiihhh...! Tapi best... aku suka sabun ni. Pakai sampai habis gitu... [ gambar kredit kpd. : produk sabun panas Vasia ]. Ehh... mandi pakai air suam la. Tengah pantang camtu, badan ni tak mampu kena air sejuk. Sakit wooo...


Stokin? WAJIB dipakai sampai tamat tempoh berpantang. Hari - hari tukar... Mentang la baru dapat stokin free... 5 pasang plak tu kan.. haha... stokin kerja noksss... pakai je la. Jimat!


Baju sejuk pon... gigih aku pakai! Takleh kena angin. Rasa semacam je... Bila berpeluh2 tu rasa cam best sangat...


Lauk berpantang? Husband yang tolong masakkan. Opkos aku kena guide dia masa memula tu. Tiap kali dia masak, selagi boleh la aku akan dok dapur. Perhatikan dia masak... more to guide him lorrr... apa nak masak? apa nak buat? lepas ni nak letak apa? nak tambah apa? gitu la. Bekalan lada hitam tu wajib ada... Apa dia masak, tu je la aku bedal. No demand haaa... Lagi pun masa ni gigi aku tengah sakit. Makan pun setakat yang mampu je. Sebab dak kecik tu pantang ler kena tinggal jap! Pandai tul dia meraung kekuat... macam kena dera je... padahal kena tinggal jap je pon.. bukan jauh pon... leh nampak la sambil aku makan kat dapur tu... haaaiiiyyoo... apa lah!





Rabu, 19 Julai 2017

Discaj dari wad bersalin HTJ

Meh sambung sikit dari part 2 : pengalaman bersalinkan my gegirl hari tu.


Lamaaaa aku menunggu nurse tu tolak aku ngan baby ke wad. Sebelum tu husband dah iqamat kan dah si kecik tu. Lepastu nurse suruh husband tunggu kat luar. Doktor nak check aku sekali lagi. Nak pastikan darah semua dah abis keluar.

Kul 3 pagi dah tercongok kat wad. Impian nak rehat ngan selesa tak kesampaian. Haha... Husband dah gitau awal2, katil wad dah penuh. Aku dapat katil extra, kat tengah lorong antara katil2 yang hado tu... 


Nampak tak? Katil wad penuh dah tu... Yang berbidai tu la katil yang sedia ada. Ni aku landing kat katil extra, ngam depan toilet. Nak buat camne, ramai pesakit masa ni. Nurse tu cakap memang kali ni ramaiii

Agak tak selesa bila nak menyusukan baby. Asalkan nurse lalu ke, pesakit lalu ke... mesti nak toleh kat aku... huhu... Lebih tak selesa bila tiba waktu melawat. Ye la... bidai takdo! Tak selesa langsung nak bagi baby nenen! Sabar je lah. 

Doktor dah bagi beri kebenaran untuk discaj pukul 1 hari yang sama sebab baby dah berak, dah kencing. ( anak dah berak lam perut, kira dah berak gak la tu kat doktor... ) Ngan aku pon takde masalah. Lagi pun siang tu bertambah lagi katil extra... haha... ni semua sama kes ngan aku gaknya, masuk spital terus bersalin.. 

Tapi idak ler kul 1 tu aku terus balik. Aku kena sabar menunggu sebab suami kena uruskan anak2 dulu. Opal ngan Pa'el kan sekolah, nak urus makan diorang tu dulu. Pastu tengah panas terik tu gak ler husband gali tanah nak tanam uri. Dah settled urus apa yang patut, baaaaru la dia datang jemput aku ngan baby. Tu pun masa tu aku kat tandas. Hehe... Dalam kul 3 lebih camtu la dia muncul.

Nak keluar tu, bukan leh terus keluar je. Nak kena sain dokumen bagai, lepas tu nanti de lagi nak kena sain kat luar wad tu. Dah sampai lobi, sebelum leh keluar, kena sain lagi. Tag kat tangan kita ngan baby tu selagi tak sampai rumah, jangan buka!


Kat jaga tu bape kali dorang cek... jangan memain! straight ye! tapi bagus camtu. Demi keselamatan kan... 


Kali ni aku berpantang sendiri. Memang dari bersalinkan Amie lagi aku dah niat gitu. Nekad nak berpantang sendiri. Dah anak 4 kan?? 

Husband memang dah pernah mandikan baby, so takde masalah. Lauk berpantang? Aku kena guide dia. Nak masak camne? lepas ni nak masuk apa? nak letak apa? Sesekali aku duduk gak temankan suami kat dapur bila dia memasak... ngeee

Hari pertama balik rumah tu takde buat apa2 sangat. Lauk berpantang, biras aku dah siapkan. Tapi lepas tu semua ( mak mentua, biras dgn anak2 . adir ipar aku ) balik kampung. Anyway, tq kak wanie. Masa pantang anak no3 dulu, dia la yang tolong masakkan lauk pantang untuk aku. Ni pun sempat dia tolong masakkan jap sebelum balik kampung.

Hari kedua, disebabkan husband aku kena uruskan hal abang ipar dia... nyaris2 aku nak keluar drive sendiri pi jemput anak balik dari sekolah kafa. Haha... Aku lupa masa tu baru 2 hari pantang. Perasan badan ni dah kuat ler kononnya... 

Pantang sendiri kan... baaaaaaanyak cabarannya!

Nanti aku up kat entry lain... ni teaser je! hehe... masak, mandikan baby tu semua husband buat sepenuhnya sampai 14 hari. Aku mengurut hari ke-5. Hal mengurut ni pun ada dugaannya... bab makan pun sama. Dooooogaan sunggoh la....!😅Macam - macam dugaan weih...

Reaksi abang2? excited terlebih! Aku letak je baby kat tilam, semua kerumun! Kepoh mulut memasing nak mengagah si kecik tu... Opal, Pa'el and Amie ( O.P.A ).... ngadap macam tak puas... hehe...

Sampaikan aku lak yang rimas bila dorang asyik ngadap baby je... hehe... Balik je dari sekolah, terus ngadap. Tak mandi dulu, tak makan dulu ke hape... ngadap je. Kalau tak pon, tengok tv sambil dok keliling gegirl.... ðŸ˜‚

Tu hari pertama dan kedua... lum hari ketiga... ke-4... ke-5 dan seterusnya.... next!


Jumaat, 14 Julai 2017

pengalaman bersalin anak ke-4 : part 2

Haha... panjang cerita aku pasal bersalin ni. Siap de part 1 & part 2.
Harap2 part 2 ni abih la kisahnya yerr... ðŸ˜. Part 1 takde gambar, entry panjang berjela. Part 2 ni, inshaallah ada... hehe

Lepas duduk je atas kerusi roda tu... sila baca episod 1 dulu ye, baru paham nape ayat aku dimulakan dengan duduk atas kerusi roda tu.


Hahh... lepas ditolak  masuk ke dalam, masa ni takde pikir suami ke mana, anak kemana dah. Dok menahan sakit je dah. Yang aku ingat masa ni, jaga tu tolak sampai kaunter dalam. Kaunter tu sebelah kiri. De la 2-3 orang doktor duduk kat situ. Sebelah kanan aku de katil2, ngan nurse. 3 - 4 orang de kot nurse kat situ. Dah la situ gelap. Nampak samar2 je la katil2 yang ada. 

Nurse bagi baju pink, suruh tuka. Ya Allah... tengah sakit contraction dah makin kerap, gigih la aku berdiri sendiri. Gigil gigil kaki aku. Suami masa ni pi parking kereta kot. Ntah... Tak memikir nak tunggu dia dah.

Yg kat sini aku tak ingat sangat. Tapi rasanya doktor de cek jalan. katanya baru buka 4! Tapi dia punya contraction... ya rabbiiiiii....... aktif! Masa nak cek bp tu, aku mintak nak duduk je kat kerusi roda tu. Contraction masa ni kuat sangat dan berterusan. Sebab tu aku tak nak baring. Nasib baik nurse tu ok. 

owhh... masa ni baju semua dorang dah bagi kat suami. Suami aku lak jengah jap je. Lepas amik pakaian aku semua, dia hilang tah ke mana masa tu ( actually masa ni dia berkejar pi daftar wad.. ).



Masa nak tolak aku ke labour room pon jadi drama kat situ. Nurse dah nak tolak aku ke bilik bersalin dah tapiiiii... doktor yang sorang lagi tu suruh patah balik. Terpaksa la berpatah balik nurse tu tolak aku ngan kerusi roda tu. Masa tu dia nak suruh apa tah. Haduiihhh... contraction aku masa tu bertalu - talu. Weiii.... aku dah sakit dah ni!!!... Haha... jerit lam hati je, nak kuar ikut mulut dah tak daya. Sakkkit weiihh...

De sorang nurse tu tanya, " puan, sijil nikah de bawak tak?"

Punya la tengah menahan sakit, aku jeling je kat nurse tu. Hahaha... sorry la nurse! masa tu memang tengah menahan sakit... muka rupa tu je mampu aku tunjuk. Nurse tu, " ok ok takpe, saya paham..." Haaa... nasib baik la dia paham.

Nurse yang tolak kerusi roda aku tu tolak balik aku nak ke bilik bersalin, ehh... doktor tu suh patah baaaalikkkkk! Nak scan dulu katanya.... woiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Kali ni nurse tu yang bising kat doktor. Bagi pihak aku ler tu... kih3... " Doktor! dia dah sakit sangat dah ni. Tengok muka dia tu dah teruk sangat sakit dah ni... tak payah la scan... "

Pot pet pot pet... nurse tu ngan doktor... Haduiiihhh laaa... Drama nau kat situ. Last2 doktor mengalah, laju je nurse tu tolak aku masuk ke bilik bersalin tu. Dorang nak buat CTG dulu. kononnya nak cek jantung baby. Gasak engkorang la... aku tau masa tu dah sakit sangat dah, nak bangun ke katil pun tak mampu. Nurse tu jugak yang tolong. Siap buat kiraan lagi. Once dah hilang sakit, 1 2 3 terus naik atas katil. Nurse tu tolong ler tu... huhuhu... Sebelum tu dia ngan doktor yang memula cek jalan tu dah pesan, kalau rasa nak berak... cakap! Fine....


Masa dah baring atas katil tu, nurse baaaaru nak pasang CTG ( untuk imbas degup jantung baby )... Baaaru ye! Lum sempat nak lilit, aku dah tak tahan nak meneran! Doktor pesan, kalau nak teran... teran je la puan...


So... pasal dah rasa nak yakkkkkk sangaaaaatttt.... aku cakap nak teran... push pertama... doktor hairan, nak bersalin sangat ke aku ni kan? sekali cek jalan, aiiyyyoooo... kepala dah enggage kat pintu... Teran je la puan... Push kedua... terussss.... lega!!! Apa pon tak sempat masa tu... Baby dah keluar... Ya Allah... sakit rasa cam cirit birit tu hiiiiilangggg!!!.... Tapi lenguh tak hilang la sebab lama kot aku tahan sakit.... hoiiihhhh... dia punya lega tu cam korang selesai berak sembelit tu la... 

Kali ni aku ingatkan diorang akan baringkan baby sebaik sahaja dilahirkan ke dada aku. Masa Amie dengan Pa'el dulu camtu la. Opal je tak, sebab diorang terus bawak dia pi bilas dulu 1 badan. Kali ni sama cam kes Opal jugak. Rupanya, doktor cakap baby dah terberak dalam perut. Badan dia semua dah hijau!

So doktor terus amik baby, bilas dia dulu semua. Tapi alhamdulillah, lepas lahir tu, baby nangis. Doktor kata tu maksudnya baby ok. Tapi mak kena pantau. Takut baby tertelan berak sendiri. tu bahaya untuk baby tau... Doktor pesan, kalau baby muntah hijau, pernafasan dia tetiba jadi cepat... kena cepat2 maklum kat doktor. Korang google la sendiri kesan bila baby tertelan berak sendiri masa dalam perut ibu. Nanti korang tau la nape doktor pesan camtu kat aku. 


Owhh... aku bersalin normal. Alhamdulillah... kali ni doktor tak sempat gunting kat tempat baby keluar tu... hu3... kali ni memang doktor tak sempat nak buat pape. Baby laju je meluncur keluar lepas push kali ke-2. Legaa yang amat bila doktor kata tak perlukan apa2 jahitan... weeeheeee... alhamdulillah.... syukur sangat. Lagi buat aku tambah bersyukur... Yeaaa... akhirnya, Allah beri aku rezeki... anak perempuan!

Ya Allah... bukan aku je teruja... nurse2 dengan para doktor muda yang de tu pon semua teruja bila tau aku akhirnya dapat anak perempuan. ☺


Memang... memang... rasa bersyukur sangat! Aku memang tak berharap sangat, kot anak lelaki gak yang keluar kali aku terima je. Tapi bila Allah dah beri tu, kira 1 rahmat la untuk aku. Merasa gak de baby girl... hehe...


Tapi kesian gegirl... Pasal cepat sangat dia nak keluar... tak sompek nak amik baju dari suami aku. Kesudahnya, doktor balut ngan kain spital yang hijau tu je... Huhuhu... sian ngko dik!

Suami lagi la terkejut. Katanya dia pi daftar wad, bila turun balik ke kaunter dewan bersalin ni... masa dia nak hulurkan sijil nikah ngan dokumen duduk wad semua.... nurse tu cakap kat dia, "tak payah la encik, orang rumah dah selesai bersalin dah pun. Pi la tengok..." Haha... tercengang - cengang suami aku kat situ. Sempat la dia dengar nurse2 lain yang kat tepi tu gossip pasal aku... buka gossip apa sangat pun. Sokseksoksek pasal anak2 aku yang lelain semua lelaki, ni 1st time dapat baby girl... giiiiiitu!


Sengeh je la kan bila tau2 je baby dah keluar. Ngan baju pon tak sempat hantar kat aku bagai... Kul 12 lebih masuk, kul 1.07 pagi aku dah bersalin... Lagi cepat dari masa abang2 dia dulu. Heee... Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar dan selamat... syukur!

K... lum abih citer.... sambung lagi nanti. bye!




Hoho... gambar teaser je... jangan mare eh... 




Khamis, 13 Julai 2017

Pengalaman bersalin anak ke-4 : part 1

Aku ni kan... dari anak pertama sampai la anak ke-4 ni, tiap kali kenangkan sakit nak bersalin tu kan... aduuiiiyaaiii... takut oiii! Cam trauma pun ada gak. Nyampah je baca kan? Acah - acah trauma tapi anak dah 4... apa cerrr..???! Hehehe


Ye lah... ngko ingat bersalin tu tak sakit ke? Sakit oiii... Bila dah dekat2 nak bersalin tu kan, dia punya debar tu.... ya Allah! macam2 sebab... Debar sebab takut nak ngadap sakit saat bersalin tu pun ada... Debar sebab teruja nak tengok baby yang dikandung 9 bulan lebih tu pun ye jugak! Haaa... masalah tu... ðŸ˜Ÿ


Satu lagi masalah... masa nak bersalin nanti, anak2 yang 3 orang tu camne? Sape plak nak jaga diorang sepanjang aku ngan suami kat spital nanti? ðŸ˜Ÿ. Buatnya tetiba aku nak terberanak, kat sape pulak aku nak minta tolong jaga bebudak tu kang.


Tapi kan... Alhamdulillah... semua tu dah dipermudahkan Allah untuk aku. Terubat sikit rasa sedih kat hati masa tu. Sedih sebab apa? Takpelah, malas la aku nak cerita kat sini. Tapi memang amik masa aku nak hilangkan rasa sedih tu. Sampai senior kat pejabat ni pesan, jangan terlampau bersedih... jangan terlampau layan rasa kat hati tu, takut nanti ngko meroyan masa pantang... Hoooiiiihhh.... seram! Meroyan ni bukan boleh dibuat memain. Dah la nanti aku pantang kat rumah sendiri... Jadi, aku memang beringat sangat pasal ni.


K... ada dah aku cerita episod serah diri yang gagal tu kat blog ni. Serah diri tu pasal dah lama sangat menahan sengal dan lenguh, dengan tanda darah asyik turun. Tapi yang pelik tu, tiap kali bangun tido je de tanda darah tu. Masa lain takde. Elok je kering. 


Lepas dah balik rumah tu kan, abang ipar aku plak masuk spital sebab kemalangan... Pastukan mak mentua ( mother in law a.k.a MIL ), biras dengan anak2 dia sekali ngan adik ipar aku bermalam kat rumah aku. Hah... perancangan Allah... Dalam pada memudahkan urusan diorang, Allah permudah urusan aku dalam hal anak2. Alhamdulillah...


Abang ipar aku kemalangan @ 1 April, aku pulak bersalin @ 5 April... Sepanjang tempoh 1 hingga 4 April tu, suami kerap ulang alik ke hospital sebab nak uruskan hal abang ipar aku tu. Dalam pada dok uruskan abang dia, kerap gak dia tanya keadaan aku. Sakit tak? ok tak? de darah keluar lagi tak?


Aku ni, bila sakit tu datang masa suami ada urusan... Aku selagi boleh tahan. Takde nya nak citer kat suami sebab aku takut, kang dengar aku dah sakit... dia kelam kabut nak balik. Padahal sakit tu boleh tahan lagi... Hati pon confident je rasa belum masa nak bersalin lagi... 


Harapan nak bersalin 1 April dah tak jadi, lagi sekali... 4 April! Aku haaaaarap sangat dapat bersalin tarikh tu... Tapi tak dapat jugak. Sebab tak sakit. Petang tu lepas ikut suami pi melawat abang dia kat spital, suami de cakap, "bila lah budak kecik ni nak keluar?"


Sebab dia risau... sakit dah berhari - hari tapi lum nak bersalin lagi. spontan aku cakap, "apelagi? pujuk la baby ni... suh dia keluar cepat... tak payah tunggu due..." Hehehe... Betul2 suami aku pujuk. " Dik, bila nak keluar ni? Keluar la dik cepat cepat..."

Haaa... ngko! Memang dah sampai masa gaknya, kebetulan malam 4 April tu aku rasa cam nak cirit! Memulas2 sangat perut ni macam orang sakit cerry berry tu.... Bukan sakit bersalin, tapi sakit nak cirit... Tak senang duduk dibuatnya... Suami pi ngeteh jap dekat2 dengan rumah tu. Katanya malam tu nak standby kat spital, jagakan abang dia. Dia tu tangan ehh semua dah patah. Kalau takde orang tolong, camne plak dia nak cebok berak, makan, minum semua... Kenalah de orang teman. 


Aku ni plak, malam tu dah mula tak senang duduk... Jap ngiring ke kanan, jap kang baring ngiring ke kiri. Puas la memikir, apehal la perut ni sakit nak cirit tu lain macam. Padahal sebelum baring tu, aku dah membuang 2 kali... lepas kali kedua tu, nak membuang tapi takde apa yang nak keluar. Gelisahnya aku masa tu, ya Allah...  Masa tu dah kul 11 lebih dah. Sakit cerry berry aku ni dah makin kerap lak memulas. Kat hati ni dah rasa nak jerit je nih... oiii kalau nak berak lagi, keluar je lah!!!

Bayangkan la bila korang nak buang tapi terpaksa tahan dulu sebab takde toilet... pastu bayangkan korang dah takde apa nak buang tapi perut tu masih de rasa nak membuang... pastu bayangkan korang rasa cam nak kentut, tapi TAKkkkk BOLEH!

Haaaa.... gitu la yang aku rasa. Subhanallah... sakit uiikkk... Amie plak meragam masa nak menyusu... Alolohh... banyak plak cengkadak dak kecik tu... Dah kena marah ngan aku malam tu.

Masa suami masuk bilik nak solat, aku ikut dia ngan Amie. Oooiiihhh... sakit rasa cam nak menonggeng je tapi dalam kepala ni sikit pun tak terfikir tu sakit nak bersalin. Aku baring atas katil tu sampai bercakap lerrr sengsorang... Ya Allah, nape la susah sangat nak kentut ni... nak kentut je pun... ðŸ˜…


Suami lepas solat tu gaknya kesian tengok aku, gigih la dia sapukan minyak. Aku dah tak larat nak sapu sendiri dah masa tu...


Makin dia sapu, makin sakit... ðŸ¤£... haduiihh... dah kenapa kan? last2 suami cakap, " ini bukan sakit cirit ni.. tah2 awak nak bersalin tak? jom la pi spita..." Haaa... ngko! masa tu baru terpikir... gigih ler nak bangun... ingatkan nak berjalan, tapi makkkk oiiiii... 1st time aku rasa tak daya nak berjalan. Menggigil - gigil kaki aku. Kuat giler aku peluk tepi almari tu. Suami blur jap. Bila aku cakap tak larat nak jalan... baru dia kelam kabut tolong papah. Masa tu, aku dah menggigil 1 badan. Kejung kaki nak jalan pi kat kereta. 


Masa duduk dalam kereta tu, aku rasa tak boleh duduk. Rasa cam tersengkak je kat bawah tu... hu3. Terpaksa la duduk senget... Terasa darah cam meluncur - luncur keluar dah. Makin kelam kabut la suami aku masa tu. Haha... dah macam drama pon ye gak. " awak, cepat la... sakit sangat dah ni...!"


Masa tu dah kul 12 lebih... kurang 15 minit dah sampai kawasan spital HTJ Seremban tu. Otw nak ke spital tu, suami aku pujuk lagi baby, " dik, sabar dik... jangan keluar dulu....!" ðŸ¤£ Memang rasa nak gelak je bila ingat balik. Huru hara weiiyy...! Selaju yang boleh la dia pecut kereta... siap on lampu kecemasan tu... Lampu merah semua langgar je! Kecemasan sangat dah... Aku dah tolak2 pintu dah menahan sakit. Sebelah tangan tolak pintu, sebelah tangan suami yang pegang. Macam2 dia suh zikir... aku mampu ngikut je la masa tu... Bontot memang senget je duduk. Kaki dah macam orang parkinson... Gigil tak sudah.. Terlampau menahan sakit. Mulut pon sama... gigil jugak!


Sampai spital, salah masuk jalan plak. Patutnya terus drive ke depan pintu masuk dewan bersalin kat HTJ tu, tapi suami aku leh pi masuk ke simpang nak parking tu. Ya Ampun... jauuuuhhhh nak jalan! Aku tak daya nak jalan dah weiiihhh... " Awak, bukan kat sini... Terus pi kat depan pintu dewan bersalin tu je..."

" Hah, ada ke? kat mana? " 
"Adaaaa.... hari tu saya tengok ada.... "

Hahaha... kelam kabut gilaaaa... Dah nak sampai depan pintu dewan bersalin tu, de pulak Alparhd tu terhegeh - hegeh nak keluar.... Woiiii, aku nak bersalin sangat dah ni... ngko plak terhegeh2 nak keluar... cepat laaaa.............. langsung kena HON! 

Sampai depan pintu, de jaga 2 orang. Muka cuak je tengok suami aku parking ngam depan tu. Ehh... nasib baik, parking depan tu je tau.. Kalau ikut aku, nak sampai dalam tu ha... jumpa katil terus landing! Push terus!... hahahaaaa....

" Boleh jalan ka adik? "

"Eh... dia tak boleh jalan dah... tu.... kerusi tolak bagi dia... "

Tu dialog suami ngan jaga. Jaga tu plak kelam kabut tu cari kerusi roda. Aku perasan memang dah de kerusi roda tu standby kat tepi pintu masuk tu...

Lepas tuuuu.................................

Hehe... Nanti sambung... bye!



Selasa, 4 Julai 2017

Kisah 1 April 2017 : part 2

Still throwback ke 1 April punya cerita... Maaf ya.. entry di blog aku ni agak ketinggalan sikit. Nak update satu satu entry tu makan masa. Anak dah ramai... Tak menang tangan nak handle semua.


Kisah ni sambungan dari entry last aku tentang peristiwa yang terjadi pada 1 April yang lepas. Part 1 tu dah selesai... Yang episod nak serah diri ke Spital Bersalin HTJ tu. 

Tak jadi sudahnya. Balik ler aku ngan suami ke rumah semula. Tak dapat nak dikata perasaan hampa sebab spital tak mau terima aku yang 'rela' serah diri ni. ðŸ˜…


Tengah hari tu aku planned nak hantar bekal kat husband. Memang kekadang gitu, bila aku cuti time husband keje... aku hantar bekal kat dia untuk lunch. Jimat pon ye... Anak2 pon dapat ler keluar pi tengok tempat keje abahnya sesekali. Kadang aku tunggu dia makan, kadang aku hantar je pastu meronda dengan anak2. 

Tapiii... petang tu once aku dah tapaukan sesiap bekalan dia, tetiba dia call.

Tak payah hantar katanya. Why???

Sebab dia dapat call dari kampung. Katanya, abang dia kemalangan... Hentam belakang lori... Ya Allah....!!!


FYI... abg ipar aku ni keje kat Nilai tu. Hari2 ulang alik pi keje ngan motor dia tu... Pilah - Nilai - Pilah... Setiap hari tau... Anak isteri semua kat umah mentua. Ye, dia stay ngan mentua. Teman mak abah ehh kat rumah tu.

Ni tau tau dia eksiden... langgar bontot lori plak tu... aduhaiii... tak dapat nak cakap pape derr... So tengahari tu tak jadi la hantar bekal kat husband sebab dia terus rushing pi emergency HTJ... Mujur ler jugak dia bawak motor je. Tempat keje ngan spital pon dekat je... Ambulans belum sampai, dia dah terpacak dulu kat depan pintu Emergency Room tu. 


Once husband tengok je keadaan abang dia dalam ambulans tu... Luluh hati ehh! Muka abang dia bengkak teruk! Tangan sebelah patah sampai terkeluar tulang... sebelah tangan lagi patah jugak tapi patah dalam... patah tebu!

Tulang pipi patah... rahang dalam patah... gigi patah... hidung patah... Kata orang yang jumpa abang ipar aku tu, dia melekap kat belakang lori tu. Lori yang biasa angkut orang potong rumput tu la... Motor? Hancur! Terperosok bawah lori tu... Totally lost! Sekarang dah tersadai kat Balai Polis Nilai tu haaa... 


So, start malam 1 April tu... mak mentua aku, biras ( wife abg ipar aku yg eksiden nih ) dengan anak2 n adik ipar aku semua 'berkampung' kat rumah aku. Dah dalam reramai anak2 mentua aku tu, kitorang hubby-wife ni je yang dok sini. Yang lain semua kat KL dengan Pilah. Husband start tu terus amik cuti sebab nak jaga abang ipar aku. 


Biras aku dapat datang sekejap sekejap je jengok suami dia. Nak buat camne, anak kecik dia masih menyusu badan lagi. Lepas tu plak, kan tak boleh bawak budak2 bawah 12 tahun ke spital. Jadinya, tugas menjaga keperluan suami dia tu banyak bergantung kat husband aku. Abang ipar aku de sorang yg bujang lagi tu la dok bergilir ngan husband aku jaga dia memalam.



Mujur ler spital bersalin tu reject niat aku nak 'serah diri' pagi 1 April tu. Kalau tak, maunya laki aku kelam kabut... Mana nak jaga abg dia lagi... sekolah anak2 lagi.. aku lak 'check-in' kat spital.. haha... mau menangkup dia gak ehh... hehh... hehh... tak leh bayang ler camne ghupe dia menangkup... Hehhh...


Lama gak abang ipar aku warded... macam2 hal yang jadi. Ingatan abang ipar aku jadi celaru... nasib baik la dia kenal lagi anak bini, ahli keluarga semua. Seminggu pertama tu memory dia asyik kacau bilau je. Asyik tanya soklan yang sama berulang - ulang kali. Letih diorang yg menjaga tu nak melayan. Abang ipar aku ni pendiam amat orangnya, tapi lepas eksiden tu... Dia jadi peramah... Kesan ubat bius gak ehh...


Sebab rahang atas dia patah teruk, doktor terpaksa buat major operation untuk betulkan rahang dalam mulut dia tu. 

Ramai je yang datang melawat. Husband aku plak, time melawat hari siang kalau tetiba aku balik umah sebab menahan sakit ( aku tak amik cuti rehat awal bebanyak masa ni )... Di-hangkutnya aku sekali pi melawat abang dia tu... Haha... Takut aku tetibe kang nak terberanak kat rumah sengsorang katanya. Kalau kat spital tu takpe... bangunan spital bersalin sebelah menyebelah je ngan bangunan tempat abang ipar aku ditempatkan nih...



Ni al-hamdulillah, abang ipar aku dah beransur sembuh. Tangan yang patah tu dah mampu la bergerak walaupun tak normal macam biasa. Dah boleh la drive tapi tak leh lama, katanya. Cepat lenguh... Ingatan dia pon beransur - ansur baik dah tu. Peramah dia? still maintain... takde plak dia jadi pendiam balik cam sebelum eksiden tu. Heeee... tu je lah. Biras aku pon de cakap ritu, dia tak kisah la camne keadaan suami dia, asalkan suami dia ada depan mata. Tak sanggup akak kehilangan abang derrr... Tak leh bayang derr akak kalau abang takde....


Hargailah kasih sayang isteri mu itu abang ipar kuuuuu... Sakit pening, berak kencing masa sakit tu... biras aku ni lah yang dok melayan. Dalam hati dia tu sedih yang amat sebab by hari ke - 5 ( the day aku deliver! ) dia terpaksa tinggalkan anak2 dia kat kampung. Sedihnya hati bila anak yang kecik tu masih menyusu badan tapi demi nak jaga suami, dia terpaksa korbankan keperluan anak kecik dia. 


Balik je ke kampung, terus si kecik tu kejar Umi ehh... rindu sangat nak menyusu, terus melekap... ðŸ˜Œ



Fine... tu je lah kisah pasal 1 April yang lepas... 















Selasa, 20 Jun 2017

Kisah di 1 April 2017 : part 1


Salam Ramadhan... Ya ampun, pejam celik pejam celik dah hujung2 puasa dah. Minggu depan dah raya! yeayyy...!! Lepas tu aku dah start kerja dah.... 'yeayyyy'... erkkkk... Ngko tau, jadi full housewife sepanjang bulan puasa ni yang bestnya ko boleh masak awal sikit dari time ko keje. Ngam 6 setengah, ngko dah boleh relaks jap depan tv sambil ngulit anak2. Bila nak azan maghrib je, berderu dengan anak2 pi ke dapur. Kadang2 siap 'bergaduh' dengan anak2... pasal cawan je pon! Riuh dapur! Hahaha... Percaya atau tak, 1 hari nanti, moment 'gaduh' pasal cawan tu akan jadi kenangan manis aku once aku dah tua nanti. Kalau umur panjang lah... kannnn...? Heee...

Aku nak tanya persiapan raya korang? Amacam? Dah complete semuanya?

Persiapan raya aku? Entry lain la aku citer. Ni nak rewind sikit ke belakang... kisah aku sepanjang menunggu hari nak bersalin tu.

FYI, ni anak aku yang ke-4. Masa apply cuti 90 hari kat kerani kitorang tu, muka dia dah semacam pandang aku. Alah kak, aku paham... ni cuti bersalin aku yang last. Habis 90 hari tu, pasni aku takde dah cuti bersalin. Tau tau... 

Pengalaman menunggu hari nak bersalin untuk setiap anak tu memang berbeza ekk... 4 orang dah anak aku, semuanya berbeza. Nanti ai citer... Lenkali lah... kalau ingat... hehehe


Ni nak citer kisah ! April hari tu... Ehh... bukan sebab 'April Fool'. Tapi sebab ada 2 kisah. Part 1 ni kisah aku ler dulu. Kisah aku nekad nak 'serah diri' ke Hospital Bersalin HTJ tu. Part 2 nanti aku citer kat entry lain. Pasal abang ipar aku plak. Nape ngan dia... Haaa... tunggu je lah entru tu nanti... hehhh



Episod 'serah diri' yang gagal :

Aku kan masa tu menunggu hari nak bersalin. Due date bersalin 9 April tapi 38 minggu tu aku dah start keluar darah. Salah satu tanda nak bersalin dan patut rujuk hospital kalau dah camtu. Tapi, hati kau kata jalan baru nak buka. Nantilah... Kalau makin banyak baru ke spital.... gitu la yang aku pikir. memang tak keluar sangat pon... cam dah hujung period tu je... pastu lak, cuma time bangun pagi je tanda darah tu keluar. petang ke malam, takde!

Kat hati ni memang harap sangat baby keluar awal. Takmo dah overdue cam anak sulung dulu. Memang serik sesangat! Trauma lama gila masa tu. Sampaikan bila aku sedar aku pregnant yang kedua, aku meraung takmo pregnant masa tu. Bayangkan la betapa traumanya aku. De aku cerita kat husband... Stakat mendengar je lah dia. Padahal tak ler teruk nau pengalaman bersalin anak sulung tu. Aku tau, ada je yang lebih teruk (pengalaman bersalin) dari aku. Ehh... nanti lah citer yang ni.

Pasal dah seminggu darah asyik keluar, lama2 aku dah fed-up. Perasaan takut nak kena 'seluk' untuk check laluan tu, aku paksa paksa kepala ni jangan pikir. Just pikir, asalkan dah bersalin... lega dah camtu... so pikir nak lega, nak relaks... nak rehat je... Letih uikkk usung perut memboyot tu ke hulu ke hilir...

So ngam 1 April tu aku ajak husband pi Hospital Bersalin HTJ yang top tu... Antara hospital gomen terbaik yang ada kat Malaysia ni... Kaaaatanya! Bangunan baru kann? Tapi masa lawat Cik jijah pas dia bersalin kat spita ni dulu pon, memang best suasana kat situ. Sunyi je... Sunyi yang tak seram la! Sunyi yang tenang je... Memang sesuai untuk mak2 lepas melahirkan berehat dengan rasa tenang... Gituuu...

Pagi tu husband keje patutnya tapi sebab aku nak pi spita, dia minta kebenaran untuk masuk lewat sikit. Masa ni tawakal je kalau dipaksa tahan wad. Disebabkan tu hari sabtu, anak2 kitorang tinggalkan jap kat rumah. Diorang pun tak bangun lagi.

Kitorang pi kat Dewan Bersalin tu dulu. De sorang nurse jaga kat situ. Macam2 plak dia tanya... Pastu dia masuk ke dalam. Mana dia pi tah. Jap tu dia keluar...

Muka dia semacam. Nape? Sebab... aku takde tanda nak bersalin. Tanda drah pagi tu ngan hari sebelumnya dah tak keluar lagi dah. Takde gesa nak meneran... Takde sakit nak bersalin yang keterlaluan... So... doktor takmo accept... Lagipun duedate lamaaaa lagi... 

Huhuhu... camtu la pulak!

Lagipun kalau datang setakat nak check 'jalan' dah buka, makan masa 3 jam. Sebab diorang nak buat macam2 prosedur, kata nurse yang jaga kaunter tu la. Muka dia cam serba salah nak explain kat kitorang. Sebab masa tu husband aku dah nak naik hangin dah sebab permohonan aku nak 'serah diri' tu nak kena reject... Ngeee....

Tapi kalau kitorang insist gak nak buat check up tu, kena tunggu 3 jam kat dalam bangunan Dewan Bersalin tu. Alolohh... tak sanggup mak oiii! Kalau dah nak bersalin sangat baru diorang percepatkan prosedur... Alahai... kesudahnya, aku jadi malas dah nak 'serah diri'. Tak jadi lah nak check jalan bagai. Aku ajak husband balik je. " Jom lah... tunggu baby dah tak tahan nak keluar baru datang sini."

Maka, gagal ler nak serah diri hari tu... hehehe... Kena la sabar bebanyak mengusung perut yang dah melayut tu... Haduiiihhh... sabar je lah!

Rupanya ada hikmahnya aku tak warded hari tu... Sebab apa? Tunggu entry kedua aku, pasal 1 April ni nanti......




Jumaat, 9 Jun 2017

Ke Institut Kanser Negara (IKN)

Salam Ramadhan... Salam Jumaat... 

Selamat berpuasa semua... hari ni dah 14 Ramadhan dah ek... Kejap je... kejap sangat... Tinggal 2 minggu je lagi nak raya. Seminggu lepas raya tu plak, aku dah start kerja. Masa pantang ritu, hati ni tak sabar sangat nak masuk keje balik. Ni dah macam... ermm... ok ok...

Ke Institut Kanser Negara (IKN)

Last aku cerita pasal mak hari tu, pasal ambil keputusan CT Scan dari Hospital Kuala Pilah tu. Lepas tu lamaaaaa aku senyap. Draft dah de, cuma tak dan nak publish kat blog ni. 

Hujannya lebat ngkoooo...
Susulan lepas keluar keputusan CT Scan mak tu, pihak hospital terus set temujanji mak dengan pakar di Institut Kanser Negara ( IKN ). 

Segala hal ehwal mak diuruskan oleh Cik Guyu. Kekadang Cik Jijah pun sama tolong. Aku? Masa ni aku tengah sarat bawak perut. Nak jalan pun kadang macam tak daya je. Kekadang tu rasa cam baby dah ke bawah sangat. Huhu... Puas la tampung perut tu dengan tangan... haha... Anyway, thanks dik! thanks ngah!

 Tapi, sehari sebelum mak dibedah tu aku datang lawat mak kat wad. Pergi tu cuaca memang cantik sangat. Senang je nak cari IKN ni ek.

Bangunan baru... bapak besar..! Punya lah jauh nak menapak dari parking lot kat luar tu sampai ke lif utama. Terkedek - kedek mak buyong ni menapak tau. Sambil menapak jejauh tu kat lam hati aku doa gak, mudah - mudahan senang nak bersalin nanti... Hehe...


Aloloh... muka sey-dey sunggoh! Memang pon! I is always cry lot lot tau masa pregnant ni. Hati always sedih... Sedih menggila masa ni. Those people yang buat aku cry lot lot tu... sila amik balik kesedihan yang korang bagi kat aku ni. I'm deserve to be happy. 'Tahniah' dan terima kasih sangat kat both of u! 

Fine, back to my mom punya cerita. 

Debor ye mak..? Ni kali kedua mak kena bedah. Dulu kena bedah sebab apendik. Nyaris pecah dah salur buntu mak kat usus tu. Nanah dan bengkak.  Lamaaaaa dah. Masa tu aku budak2 lagi. Bedah pun kat spital Pilah. Hahh... Cik Guyu, cerita ni kau tak tau kan? 

Sebelum pembedahan, pakar anggarkan maybe stage 1C. Tapiiii.... lepas bedah

Ni otw balik dari IKN... lebat selebat lebatnyaaaa

Doktor pakar sahkan kanser mak tu sebenarnya dah stage 3C. Aku tau kanser ni de 4 stage. Tapi tak tau plak setiap stage tu de A,B dan C. Mak punya kes ni jatuh ke stage 3C sebab ketumbuhan tu membesar sangat aktif. Tu yang aku paham la dari cerita Cik Guyu.

Pastu plak, masa doktor belah perut mak nak buang rahim tu, doktor kata ovari mak dah pecah!

Bukan kitorang je terkejut dengar statement doktor tu,  doktor tu sendiri pun sama terkejut masa tengok ovari mak dah pecah. Agaknya 'benda'  yang bergerak -  gerak masa CT scan tu,  ovari tu la gaknya. Masa tu kot dah pecah. 

Sebelum bedah, doktor cakap mungkin de sikit rebakan sel kanser tu kat hati. Lepas bedah, doktor cakap kat hati clear. Takde tanda sel kanser kat situ taaaaapi... de sikit kat peparu dan perut.



So, memang kena buat chemo. Sekarang ni dah 4 kali ( dari 6 pusingan ) mak buat chemo. selang 3 minggu kena pi IKN. . Lepas tu? tak tau la. Tunggu je lah nanti.


Baru - baru ni balik kampung jumpa mak, banyak dah rambut mak yang gugur. Kesan daripada chemo. Nak kata takde selera makan, de la sikit rasa tu. Tapi mak tak boleh skip makan langsung. Nanti badan mula la rasa semacam. Tabah la mak ek... 

Ni bulan puasa ni, gigih mak meniaga. Jual apa? Nanti aku cerita. Entry lain la pulak ek...

Jumaat, 5 Mei 2017

Keputusan CT Scan Mak

Salam semua,

Sihat ke? hoho... ai cuti lama giler kot dari dunia blog ni. Berhari - hari nak update story tapi semangat tak kuat. Ada je yang aku nak buat, last2... mood nak update blog semua ke laut jadahnya!

Well... aku cuti lamaaaaa tu sebab... salah 1 nya, aku , menghitung hari nak bersalin. Tu sebab paling kukuh ler aku payah nak update blog. Mood ke laut memanjang! 

Al-hamdulillah.. hari ni ngam 31 hari dah aku berpantang. Tang kisah bersalin ni, lain entry arrr... kepoh punya cerita... tunggu lah.. kot ler de yang rajin nak tau... so tunggu haaa... i'll tell u the whole story soon... a.s.a.p inshaallah!

Back to my mom punya citer...

Kan mak aku didianogsis ada ketumbuhan... Then follow up dengan CT Scan kat Hospital K. Pilah. Result.. ni aku nak citer...

Sebelum CT Scan, mak kena puasa dulu. Tu memang prosedur biasa tapi nape tak kabor awal2... kata nak scan pagi tapi tak dikabor suh mak posa dari malam sebelumnya tu... maka, bertangguh la. Pagi tu puasa, petang baru buat CT Scan. Lepas tu kena pulak minum air apa tah. Mak cakap 1 jag air kena telan. Pehtu kena masuk lagi air kat mana tah... Montot kot! yang ni aku lupa...

So.. result? Seminggu lepas episod CT Scan tu baru dapat result. Yupp... confirm canser. Tapi doktor tak sure dah stage berapa. Maybe stage 1 atau 2. Cuma doktor kata masa buat CT Scan tu, ketumbuhan tu macam bergerak - gerak. ðŸ˜²

Tak tau apa benda tu. 1 lagi yang memang confirm... rahim mak tak dapat nak diselamatkan since saiz ketumbuhan tu makin membesar based on scan yang sebelum tu. Kadar pertumbuhan aktif.  Memang kena buang. Aduhaiii... aku pandang mak, mak dah terdiam kat tepi tu...

Masa amik result CT scan ni, kitorang 3 beradik temankan mak. Dah doktor cakap nak buat ' family conference'... so, kitorang datang ler reramai ( me, cik jijah, cik guyu, mak n my husband )... kena plak perli kat jaga tu... sengal betul! Lantak ngko la pak guard... kitorang memang dah de appoinment ngan doktor tu... cerghhh...

Tu half result. Full result? 

Kena hantar result CT Scan tu ke Institut Kanser Negara @Putrajaya (IKN) dulu. Tu next entry. Yang pastinya, mak tetap kena buat pembedahan buang rahim. Paling terkesan kat aku bila Cik Jijah what's app ayat ni

"long, tempat asal kita tu"

paham tak maksudnya? ya, rahimkan tempat kita mula2 bernafas dan bernyawa... rahim mak tu la rumah pertama kita... Tapi nak buat camne.

Tunggu next entry... episod Result dari IKN plak.

Khamis, 23 Mac 2017

Mak

Salam semua,

Lama aku peram ni. Tak pernah kot aku citer pasal mak aku dalam blog ni. Tapi kali ni terasa nak share pasal mak.


Ingat lagi, masa aku tak tau aku dah pregnant ni... aku ingat aku ada ketumbuhan dalam rahim. Tapi bila check kat klinik, rupanya bukan ketumbuhan. Pregnant rupanya 🙂


Tak lama lepas tau aku pregnant, Cik Guyu gitau aku pasal mak. Dia baru lepas bawak mak pi klinik lepas mak mengadu dia period balik dan perut rasa sengal2 macam senggugut. Padahal mak dah lama menopous. Haiiipp... Jangan gelak ehh... Korang kena alert ngan tanda2 macam ni gak satu hari nanti.


Scan biasa je masa tu, pakai scnaner untuk preggy woman tu la... tau kan? masa tu doktor nampak ada ketumbuhan kat rahim mak. Tapi tak pasti sama ada tumor atau cyst. Sama ada tumor biasa or cancer!


Tapi bukan la betul2 terletak dalam rahim. Doktor kata ketumbuhan tu di antara rahim dan perut. Tu yang Cik Guyu conteng gambar sampai camtu... Buruk amat contengan ngko, dik! Payah aku nak paham masa memula dia up gambar ni kat what's up app. group.


So doktor tu sediakan surat rekemen untuk detail checkup kat hospital Pilah sebab asalnya mak check tu kat klinik swasta kat ngan rumah mak tu je. Doktor rekemenkan untuk buat CT Scan. 3 hari lepas doktor bagi surat rekemen tu baru mak ready pi buat CT Scan. Nak selesaikan hal kerja katanya.


Ni baru lepas buat CT Scan. Just Dollah's Angels ( me, Cik Jijah n Cik Guyu ) je yang ada. Adik aku yang satu2nya lelaki tu tak dapat join. Keje katanya. Aku tumpang Cik Jijah mai from Seremban. Amik halfday memasing masa tu. Cik Guyu memang dari awal dok temankan mak kat spital tu. Dari awal lagi, dia yang temankan mak. Since dia je yang tengah free from any commitment. Terima kasih dik!


Kitorang gerak pi Pilah pun lepas aku temankan anak2 makan tenghari. Tak sempat la nak masak. Aku join anak2 makan kat kantin. Sambil2 tu tengok anak2 orang makan sekali kat kantin tu. Ada yang makan nasi ngan ikan keli goreng... perghh... sekor keli goreng je dah RM 2.50 kalau tak silap. Kalau hari2 dia makan lauk ikan keli tu, agaknya berapa la duit poket dia sehari ek? Dari pagi sampai ke petang... Untuk anak2 aku, aku bagi RM 3 sorang untuk pagi. Kang tengahari, sama ada hantar bekal atau aku belikan kat kantin tu. Untuk KAFA, biasanya aku hulur RM 1.00 je. Ngam untuk makan macam mee goreng / nugget / roti... Yang ringan2 macam tu. Air untuk petang? hah... wajib minum air masak bekal ngko tu ye!


Tapi sebab lambat gerak, tak dapat ler jumpa mak sebelum ditolak untuk CT Scan. Cik Jijah yang naik sebab mak buyong ni tak mampu nak lelaju sangat daki tangga tu... Tu pon sempat salam je. Diorang dah tolak mak ke dalam.


Sementara tunggu tu, kitorang pi makan jap. Cik Jijah lapar katanya. Tak sempat makan langsung tadi. Lepas makan, kitorang jengah mak. kul 4 setengah dah masa tu. Ingat nak singgah jap je, tapi dah sembang2 ngan mak... hampir kul 5 baru gerak...


Tapi Cik Jijah takut nak drive lelaju sebab membawak mak buyong katanya... cehh... takut ke? Sampai sekolah bebudak dah 5 setengah... Kesian anak2... Sorry ye sayang2 mak... Mak pi tengok nenek... Bukan suka2 merayap ngan kengkawan mak sampai terlambat jemput anak2 mak... 


Result?

Next entry la... panjang sangat dah ni...





Rabu, 22 Mac 2017

Apa perlu kita buat kalau Buku Rekod Kesihatan Ibu hilang

Salam semua,

Dengan izin Allah, aku mencari kekuatan untuk update blog ni... Dalam mencari ketenangan, aku terluka lagi. Takpelah, abaikan kejap. Meh sambung cerita lepas aku ganti cermin tingkap baru tu...

Lama juga aku menunggu budak kedai tu tukar cermin baru. Bila ditanya, single layer ke double layer? Budak tu kata single layer... Owh... baru la aku tau... Ada jenis gak cermin kereta ni ek? Hmm... info baru ler untuk orang yang baru reti nak amik tau pasal kereta ni... ngeee 😁

Takpe, pelajaran tu bukan setakat kat sekolah je... pengalaman tu pun 1 pelajaran. Fine!



Aku bawak anak2 teman sekali. Ish... diorang bertiga tu dah macam handbag aku dah. Tak maunya diorang tinggal kat rumah. Pantang aku keluar, semua nak mengikut. Walaupun selalu jek kena marah ngan mak diorang ni, still... nak mengepit je ngan aku... Takpelah, layankan je... Sebab aku tau, 1 masa nanti aku akan rinduuu kan semua anak2 ni... sebab budak2 ni bila dah besar, masing2 akan ikut haluan sendiri. Tak maunye dah kot kepit je ngan mak diorang ni memanjang... Ye dak? So... hargai moment ni dengan sabar ye puan Skuterlady ye!

Diorang juga sumber kekuatan aku... ðŸ˜¢... Terima kasih Allah, sesungguhnya mereka penawar duka dihati... walaupun kerenah masing2 tu kadang... ya rabbiiii... hahaha... tak terlayan!



Ngam pukul 4 setengah baru selesai. Tau je lah kalau dah bawak budak2 ni kan. Mana reti duduk diam. Haduihh... pening aku tengok... sabarrrrrr je lah. Try mintak kurang sikit harga cermin ganti tu. Haha... Tak dapat derr jack! Tetap RM 190 nett.



Adik ipar aku, Hana pun jadi mangsa pecah cermin kereta gak. Barang yang hilang... beg make-up kesayangan dia. Anggaran kerugian... RM 1000 lebih... beg make-up je tu... ðŸ˜±



Lepas selesai tukar cermin kereta, aku terus pi KKIA. Haha... de sekali tu masa ber-wassap ngan Cik Jijah, aku taip KKIA tu macam ni je : kkia. Tak sangka Cik Jijah boleh confiused. "kkia tu apa?"... Camtu pun dia boleh confiuse... kkia tu samalah dengan KKIA... Klinik Kesihatan Ibu dan Anak laaa...🤣...


Masa aku sampai tu, nurse dah ramai yang balik kerja. Tapi sempat la jumpa nurse yang jaga kat kaunter tu. Masing2 terkejut dengar citer aku pasal kes kena pecah cermin tu. Aku ingat boleh terus buat buku pink baru je petang tu.


TAK BOLEH..!


Kena buat report polis dulu yer... Aku singgah amik husband dulu kat balai dia. Dia yang suruh. Tu la... malam tu aku de gak niat nak buat report polis. Taaapi... hmmm... malas nak kata. Last2 kena gak buat report polis tu.



Memang kena bebel la kat akak polis tu. "Nape malam tadi kena pecah, petang ni baru nak report?"... Hahh... menjawab la... Aku dok tepi je. Akak polis tu suruh husband yang lapor depan dia.


Nurse tu de pesan, masa buat report kena nyatakan sekali dalam report tu pasal buku pink yang hilang tu. Nanti bawak report tu KKIA untuk dapatkan buku pink baru. Petang isnin tu aku hantar 1 salinan dah. Katanya nanti diorang akan call.


Ye diorang nak call... dah 3 hari aku tunggu tapi senyap je diorang ni... Last2 aku yang call. Dah agak dah, salinan report polis yang aku bagi diorang tu dah mana hilang tah. Sebab tu diorang tak call langsung.



Kesudahnya, petang hari ke-3 tu aku berkejar pi KKIA. Diorang bagi pinjam kejap buku yang kat diorang tu sebab aku volunteer nak photostat sendiri. Kang nak tunggu diorang buatkan kang, tah bila la nak dapat... kebetulan minggu tu aku patutnya kena pantau BP ngan Urin setiap 2 hari sekali. Tapi buku dah hilang, terpaksa la skip beberapa hari tu...


Boleh ke pinjam? Boleh! Tapi kau kena tinggalkan i/c kau kat diorang. Sebab diorang takut kita lesap sekali ngan buku tu. Nanti kat diorang pulak takde rekod... Lepas siap photostat, pulang balik buku tu... nanti diorang bagi la balik i/c ngko tu...



Al-hamdulillah... lega dah! Dapat buat salinan je pun, takpelah. Dari takde langsung... Buatnya tetiba nak bersalin awal... kang susah kalau takde buku pink tu...


Owhh... BP ngan Urin tu kena pantau sebab diorang detected aku ada kencing kotor. So kena pantau BP sebab takut BP naik mendadak. Which is... not good for you, as mom and your baby ehh...


Siap bagi ubat antibiotik yang masuk ikut anu tu lagi. Nasib baik la 3 biji je... hahaha...


Senang je sebenarnya nak elak kencing kotor masa pregnant ni. Kena banyak minum air. Masa check - up tu, aku memang perasan aku kurang minum air. Pagi tu nak pi Dengkil sebab de urusan kerja. Memang aku kurang minum air masa tu... Takut la asyik nak terkucil je kang lam kereta tu.



La ni al-hamdulillah... kecing dah normal balik. Aku dah 37 minggu sekarang... a'ahh... menghitung hari... tapi still ada orang bersikap 'kejam' dengan aku... Terima kasih la banyak - banyak... terima kasih sangat... Bahagia gamaknya korang buat aku macam ni. Takpelah... aku anggap ini kifarah atas dosa2 aku... Sila la teruskan apa yang korang sedang buat ni...










Ahad, 26 Februari 2017

Ganti cermin tingkap baru.

The next day lepas cermin kereta kena pecah...

Rabak duit gaji aku... huhuhu!!

Tapi nak buat camne, pasal kecuaian tu berpunca dari aku... Kena la tanggung kos tu sendiri... Takpelah, moga Allah ganti dengan rezeki yang lagi berlipat ganda... amiiiinnn.... inshaallah!

Pagi esok tu kan hujan... Masa hantar anak2 pi sekolah, gigih ler bertutup ngan plastik sampah tu... Hahaha... Nak merungut? Ehh... hujan rahmat tu... Dah bape hari pulak tak hujan kan? Ujian kecik je tu...


Aku E.L je hari tu. Nak bawak kereta ke tempat kerja kang, lencun pulak kang seat sebelah driver tu. Office aku tu mana ada parking berbumbung untuk staff bawahan macam aku ni... Big bos n bos bos je yang ada berbumbung... Tapi untuk motorsikal, ada parking berbumbung. Haaa... ajaib tak? haha..

So? aku lepak kat rumah, tunggu hujan teduh ngan Amie berdua. Husband kerja... Pas hujan dah berenti, aku berdua ngan Amie je la pi cari kedai cermin kereta. Nasib baik la ada kedai cermin kereta tu dekat ngan rumah. Tak payah pi jauh dah.


Ni la akibat bila tinggal berdua je dengan budak lasak ni. Abang2 dia belum balik sekolah masa ni. Lepas selesai booking cermin kereta baru, aku balik rumah dulu. Sementara nak tunggu abang2 Amie abih kelas, aku buat entry ni pasal kejadian pecah cermin kereta tu jap. 


Amie main sengsorang kat ruang tamu tu. Kelentang kelentung je yang aku dengar. Masa dia datang kat aku, tau2 dah bercapuk dah baju lawo dia tu. Kat tangan ada botol bedak, tapi apesal aku pegang macam ringan semacam eh??

Baik je dia hulur kat tangan aku. Aku pun lurus je amik walaupun pelik ngan tahap ringannya botol bedak tu kan. krim muka aku pun jadi mangsa dia hari tu... Bersememeh dah kat keliling penutup.


Hahh... Hamik kau! Aku ingat kat sini je yang dia tuang bedak tu... rupanya....


Dia siap bedakkan meja aku... Banyakkkkk ngkoooooo!!! Patut la botol bedak tu ringan semacam je!!!


Dia? Relax je dia joget joget kat tepi tu kan... Tanpa rasa bersalah okeyyy... Aku? Haduiiihhh... Mak tarik nafas panjang je dik!!

Nak marah, nak jerit tak daya dah... Perut makin memboyot... Ni pun kalau manusia tu tak bertimbang rasa ngan aku pun tak tau la... Ko hadap la bahagian kau satu hari nanti... Jangan ingat boleh bahagia la ehhh ngko menyakitkan hati aku... This time haa... setiap perbuatan dibayar cash!


Coz I'm still can feel the pain that you give me before! Still ya... Still...!

Kesan tapak kakinya... balik dari jemput abang2nya, diorang main macam luncur salji tu haaa... Amie? join sekaki sebelum jatuh terjelepok kat tepi tu...


Hahh... yang ni berpeluh aku vacum. Lepas tu baru lap ngan mop... 1 rumah bau wangi bedak baby sudahnya... hahaha...


Kena gak pasang cermin baru. Tak leh biar lama sebab esoknya tu aku nak pi tengok mak aku plak kat IKN ( Institut Kanser Negara ). Takkan nak redah je ngan cermin dah lompong camtu kan?


Kebetulan pulak supplier memang nak hantar barang kat kedai, tokey kedai terus je la orderkan cermin untuk kereta aku tu skali. Alhamdulillah... selesai 1 masalah aku petang tu jugak... hew... hew...


Tu je sisa cermin yang ada ngan 4- 5 ketul atas seat penumpang depan. Yang lain? Dah berderai ke dalam pintu kereta tu. Tokey kata cermin tu kena umpil dengan screwdriver. Ada kesan kena umpil kat getah tingkap kereta tu.

Kos ganti cermin plus upah pasang semua, RM 190.00. Lelap mata je la bayor! Tak leh less lagi dah... Takpelah... Asalkan ada cermin. Kira ok dah tu... Kira murah dah tu kan...?

Hari yang sama lepas siap pasang cermin, terus berkejar plak pi Klinik Kesihatan Ibu & Anak ( KKIA ). Nak lapor kat diorang pulak pasal buku pink ( Buku Rekod Kesihatan Ibu ) aku yang kena rembat skali tu.

Next entry la... panjang amat dah ni... Have a nice day uolls...!